Skip to content

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

Kongsikan artikel ini

Leonardo DiCaprio dan teman wanitanya, Vittoria Ceretti meniup khabar angin pertunangan apabila model Itali itu dilihat memakai cincin baru di jari manisnya.

Vittoria menyarung cincin itu kala keluar menikmati makan tengah hari bersama Leonardo di sebuah restoran Mexico di Los Angeles baru-baru ini. Aktor berusia 50 tahun itu kelihatan kasual dalam kemeja-T putih dan celana pendek.

Dia cuba untuk tidak menonjol dengan memakai topeng muka dan topi besbol LA Dodgers rona hitam. Sementara itu kekasihnya yang berusia 25 tahun kelihatan bersahaja dalam celana denim, kemeja-T putih dan baju panas. Dia kelihatan manis dalam gaya rambut tocang dua.

Leonardo DiCaprio Vittoria Ceretti

Foto: Page Six

Walaupun berpakaian ringkas, penampilannya dilengkapkan dengan cermin mata futuristik Balenciaga dan lapisan rantai perak. Bagaimanapun apa yang paling menarik perhatian adalah cincin berlian di jari manis tangan kirinya.

Momen Romantis Leonardo DiCaprio Dan Teman Wanita

Saat menikmati makanan, pasangan itu sempat dirakam melayan satu sama lain dengan penuh mesra. Leonardo jarang menunjukkan aksi romantis di tempat awam. Bagaimanapun kali ini aksinya menyuap teman wanita berjaya dirakam paparazi.

Dalam satu lagi momen romantis, Vittoria dilihat memeluk bahu Leonardo ketika memesan makanan di kaunter.

Foto: Terma,SL /Backgrid

Tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang digayakan Vittoria itu adalah tanda pertunangan atau bukan. Tetapi model itu tidak dilihat menggayakan apa-apa aksesori dalam mana-mana hantaran Instagramnya kebelakangan ini.

Pasangan ini mencetus spekulasi percintaan pada musim panas tahun lalu apabila dilihat bermesraan di lantai tari di sebuah kelab di Ibiza, Sepanyol. Sejak itu mereka telah beberapa kali dirakam keluar bersama. Malah mereka telah pun mengenali keluarga satu sama lain – membuktikan perhubungan mereka berada pada tahap serius.

 

Foto: US Weekly

Pautan berkaitan: BERCINTA DENGAN MODEL 19 TAHUN, LEONARDO DICAPRIO DICOP SEBAGAI PEMANGSA SEKSUAL

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

4 KACA MATA HITAM RAY-BAN ‘REVERSE’ PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
KIM KARDASHIAN DEDAH HUBUNGANNYA DENGAN JHO LOW & 1MDB

KIM KARDASHIAN DEDAH HUBUNGANNYA DENGAN JHO LOW & 1MDB

Bacaan Lanjut
BERCINTA DENGAN MODEL 19 TAHUN, LEONARDO DICAPRIO DICOP SEBAGAI PEMANGSA SEKSUAL

BERCINTA DENGAN MODEL 19 TAHUN, LEONARDO DICAPRIO DICOP SEBAGAI PEMANGSA SEKSUAL

Bacaan Lanjut
5 AKTOR YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022

5 AKTOR YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022

Bacaan Lanjut

15 PELAKON YANG PERNAH MENOLAK WATAK IKONIK DARIPADA FILEM POPULAR HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
LEONARDO DICAPRIO & GIGI HADID DIRAKAM BERAKSI MESRA DI SEBUAH PARTI

LEONARDO DICAPRIO & GIGI HADID DIRAKAM BERAKSI MESRA DI SEBUAH PARTI

Bacaan Lanjut