Skip to content

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Kongsikan artikel ini

Malang buat Duke of Sussex, Putera Harry apabila namanya diheret dalam kes saman terhadap Sean ‘Diddy’ Combs berjumlah lebih RM142 juta.

Diddy yang menghadapi pelbagai tuduhan termasuk pemerdagangan seks dikatakan menarik tetamu ke partinya melalui ikatan persahabatan dengan VIP terkenal seperti atlet, tokoh politik, artis, pemuzik dan orang kenamaan seperti kerabat Diraja Britain, Putera Harry.

Dalam tuntutan saman setebal 73 halaman, Rodney ‘Lil Rod’ Jones yang membantu menerbitkan album terbaru Diddy menggelar penyanyi itu sebagai penyerang seksual bersiri.

Walaupun Putera Harry disebut dalam tuntutan saman itu, tiada kenyataan yang mengatakan dia terlibat. Namanya disebut hanya sekali dalam dokumen tersebut sebagai salah seorang rakan Diddy.

Duke of Sussex dan abangnya, Putera William pernah merakam foto bersama Combs dan Kanye West selepas kedua-dua penyanyi itu membuat persembahan di Concert of Diana di Wembley Stadium pada 2007.

sean diddy combs

Foto: Just Jared

Sean ‘Diddy’ Combs Berdepan Tindakan Undang-Undang

Bulan lalu Lil Rod menfailkan saman dan mendakwa Diddy melakukan serangan seksual, memberi dadah dan mengugutnya sewaktu mereka bekerja bersama.

Tambahnya sepanjang mereka tinggal bersama dari September 2022 hingga November untuk menghasilkan album, dia sering menjadi mangsa serangan seksual Diddy. Malah dia diraba tanpa kerelaan dan terpaksa bekerja di dalam bilik air ketika Diddy dalam keadaan tidak berpakaian.

Foto: Ice Cream Convos

Lil Rod turut mendakwa Diddy sering menganjurkan parti seks yang dihadiri oleh pelacur dan gadis bawah umur. Lebih teruk, dia dipaksa melakukan hubungan intim dengan pekerja seks. Bagaimanapun Diddy menyangkal segala tuduhan terhadapnya, mengatakan ia rekaan semata-mata.

Mogul hip hop berusia 54 tahun itu juga juga berdepan tuntutan saman daripada tiga wanita lain dan baru-baru ini, dua hartanah mewahnya diserbu ejen persekutuan untuk menjalankan siasatan.

Selain Diddy, satu lagi nama yang baru dimasukkan dalam senarai pendakwaan adalah Cuba Gooding Jr. Aktor itu didakwa melakukan pengantunan seksual atau grooming terhadap Lil Rod.

 

Foto: Parade

Pautan berkaitan: PUTERA HARRY DISAHKAN MENGHIDAP GANGGUAN MENTAL KALA WAWANCARA SECARA LANGSUNG

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

Bacaan Lanjut
KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH

KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH

Bacaan Lanjut
10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA

10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA

Bacaan Lanjut
SIRI BEEF DIBOIKOT PENONTON GARA-GARA DAVID CHOE

SIRI BEEF DIBOIKOT PENONTON GARA-GARA DAVID CHOE

Bacaan Lanjut
MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?

MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?

Bacaan Lanjut