PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX
Pasangan Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle kini secara rasminya menceburi industri pembikinan filem.
Mereka dilaporkan akan menerbitkan sebuah filem adaptasi daripada novel romantis terlaris New York Times berjudul Meet Me At The Lake. Ini merupakan kolaborasi kreatif antara syarikat produksi milik Putera Harry dan Meghan Markle, Archewell Productions bersama syarikat penstriman popular, Netflix.
Pengarang novel, Carley Fortune berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram. Dia menulis, “Tidak pernah saya bayangkan akan membuat pengumuman ini. Saya teruja untuk berkongsi dengan anda bahawa saya akan menjalin kerjasama dengan Netflix dan Archewell Productions untuk menerbitkan filem adaptasi Meet Me At The Lake.

Foto: Twitter
“Kisah cinta Will dan Fern amat dekat di hati saya, dan saya tidak dapat membayangkan kolaborasi lebih sempurna. Mengarang novel ini adalah satu cabaran peribadi yang luar biasa, dan melihat ia diiktiraf dengan cara ini amat mengagumkan.”
Penguin Random House yang merupakan penerbit Meet Me At The Lake dan memoir Putera Harry, Spare mengesahkan berita itu kepada Forbes.
Meet Me At The Lake Berkait Rapat Dengan Kisah Putera Harry Dan Meghan Markle?
Novel Meet Me At The Lake ini berkisar tentang dua orang asing, Will Baxter dan Fern Brooksbank yang ditakdirkan mengembara di kota selama sehari. Walaupun hanya meluangkan masa 24 jam bersama, tarikan antara mereka tidak dapat dinafikan. Malangnya perhubungan mereka kecundang apabila salah seorang memungkiri janji untuk bertemu kembali setahun kemudian.
Kisah ini berkongsi beberapa persamaan dengan perjalanan hidup Putera Harry dan Meghan Markle, antaranya perhubungan cinta yang terjalin pada usia 30-an. Karakter utamanya bergelut dengan trauma zaman kanak-kanak selepas kehilangan ibu bapa akibat kemalangan, sama seperti Putera Harry. Ibunya, Puteri Diana meninggal dunia dalam nahas kemalangan di Paris pada 1997.

Foto: Getty Images
Ia turut berkisar tentang cabaran kesihatan mental dan kemurungan selepas bersalin yang dialami watak utama. Umum mengetahui Duke dan Duchess memberi fokus penuh pada isu kesihatan mental sejak sekian lama.
Filem romantik komedi ini merupakan projek terbaharu daripada perjanjian lima tahun antara pasangan Sussex dan Netflix. Putera Harry dan Meghan Markle menandatangi kontrak bernilai RM464 juta itu pada 2020 sejurus selepas mereka berundur daripada jawatan ahli kanan kerabat Diraja Britain.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN PUTERA WILLIAM & PUTERA HARRY AMAT MENGEJUTKAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI
Antara personaliti paling berkarisma dalam dunia bola sepak, David Beckham akan menampilkan hidupnya di layar perak oleh Netflix dalam siri dokumentari empat bahagian baharu bertajuk Beckham.
KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ
Siapa pelakon kacak yang kina menjadi kegilaan ramai terutamanya di media sosial? Ayuh kenali Taylor Zakhar Perez dengan lebih lanjut.
PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB
Teka-teki peminat akhirnya terlerai setelah Netflix mengeluarkan video promosi filem Extraction 2 di media sosial baru-baru ini.
10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA
Sama seperti orang lain, pasangan Diraja juga mempunyai kisah cinta unik mereka sendiri untuk diceritakan.
TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX
Antara “Stranger Things”, “Money Heist” atau “Squid Game”, rancangan TV apakah yang paling popular di laman penstriman Netflix?
MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?
Perubahan iklim dan kemampanan alam sekitar menjadi misi filantrofi utama kerabat Britain yang diturunkan dari generasi ke generasi.