Skip to content

4 KACA MATA HITAM RAY-BAN ‘REVERSE’ PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Label ikonik, Ray-Ban melancarkan Reverse, koleksi kaca mata hitam yang menampilkan rekaan lensa terbalik dan bergaya buat lelaki yang mahukan kelainan.

Tahun demi tahun, Ray-Ban sentiasa mencabar sempadan yang luar dari kebiasaan, Dengan berbekalkan sikap ingin tahu yang berani, Ray-Ban menterbalikkan kaca mata mereka melalui koleksi Reverse. Koleksi terbaharu ini menampilkan empat gaya kaca mata hitam ikonik mereka dengan lensa yang diterbalikkan sepenuhnya. Kempen kali ini juga menampilkan supermodel Vittoria Ceretti selaku untuk koleksi yang unik ini.

ray-ban reverse

Koleksi Reverse ini sudah pasti memberikan kelainan buat peminat Ray-Ban. Ia memberikan reka bentuk yang bukan tradisional dengan menggunakan kemajuan terknologi kejuruteraan hari ini. Lensa yang diterbalikkan itu akan melengkung ke luar tanpa menggadaikan ketepatan optikal. Ini merupakan inovasi moden yang mahu diperkenalkan oleh jenama tersebut.

Kaca mata hitam ini menggunakan rekaan anti-silau, lensa pantokospik yang mampu mengurangkan sehingga 70% refleksi pada jarak gelombang yang mata paling sensitif. Reverse menampilkan empat siluet ikonik sebagai permulaan, dengan mengubah definisi klasik kepada avant-garde.

ray-ban reverse

Dengan bingkai kaca mata hitam yang universal, Raya-Ban Reverse Aviator, Wayfarer, Caravan dan Boyfriend boleh digayakan oleh pelbagai bentuk wajah untuk apa jua acara. Dihasilkan dengan kelestarian alam semulajadi, koleksi kali ini menggunakan material alternatif pada lensa nilon bio-based dengan 41% bahan karbon bio-based, dan bingkai acetate bio-based dengan 67% bahan karbon bio-based. Serta 100% bahan kita semula pada kotak, kad dan kain pembersih lensa.

 

Berikut adalah 4 kaca mata hitam Ray-Ban Reverse pilihan GLAM Lelaki:

Ray-Ban Reverse Aviator Sun

ray-ban aviator

Pertama dihasilkan buat juruterbang Amerika Syarikat pada 1937, kaca mata hitam aviator merupakan salah satu model yang paling ikonik di dunia. Ia menggabungkan kualiti, gaya, keselesaan dan stail abadi yang menjadi kegemaran ramai. Hadir dalam pilihan warna emas dan perak bersama lensa klasik. Juga terdapat bingkai rose gold dan black metal.

 

Ray-Ban Reverse Wayfarer Sun

ray-ban wayfarer

Antara ikon dalam pelbagai gerakan budaya dunia. Dari revolusi rock 60an kepada budaya hip-hop 90an, kaca mata hitam Wayfarer mengekspresikan semangat remaja yang rebel. Siluet yang ikonik ini kembali dengan lensa yang dterbalikkan, dalam pelabagai warna. Antaranya hitam klasik dan juga ton lut-sinar seperti biru, coklat dan graphite. Tidak dilupakan kombinasi merah dan hijau atau oren dan biru yang lebih menyeronokan.

 

Ray-Ban Reverse Caravan Sun

ray-ban caravan

Mula diperkenalkan pada 1957, Caravan dihasilkan sebagai evolusi kepada rekaan aviator klasik dengan siluet geometrik. Kini ia hadir dengan lensa terbalik yang melengkung ke luar untuk membiaskan bentuk yang lebih futuristik. Boleh didapati dalam ton emas dan perak dengan lensa klasik. Atau pilihan kombinasi yang lebih segar untuk memberikan kelainan yang luar biasa.

 

Ray-Ban Reverse Boyfriend Sun

ray-ban reverse boyfriend

Jika anda mahukan gaya off-duty yang bergaya, Boyfriend akan memberikan siluet oversized yang lebih relaks. Ia mengetengahkan rekaan seimbang pada lengkungan bingai dan desain bahagian atas yang lebih sleek. Hari ini, Reverse Boyfirend memberikan gaya yang lebih edgy dengan lensa yang terbalik. Hadir dalam warna hitam klasik atau biru gelap, coklat dan kelabu gelap untuk seleksi gaya yang santai.

 

Rangkaian Ray-Ban Reverse boleh didapati di stor Ray-Ban dan Ray-Ban.com

 

Baca lebih lanjut: BRIGHT VACHIRAWIT, WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBAHARU