Skip to content

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Debaran kian terasa, kita sudah semakin hampir dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Pasti ada di antara anda yang masih buntu untuk mencari koleksi baju raya yang tepat untuk melengkapkan penampilan Hari Raya dengan penuh bergaya. 

Sedar tidak sedar, perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma dan berakhirnya bulan Ramadan yang menjadi rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Secara tidak langsung, orang ramai kini mencari baju raya untuk melengkapan penampilan pada Hari Raya Aidilfitri agar dapat menyemarakkan suasana sambutan dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan rakan tercinta.

Bagi kaum lelaki, baju Melayu memegang kedudukan istimewa sebagai pakaian yang melambangkan semangat dan kegembiraan dalam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, proses pemilihan baju Melayu perlu dibuat secara teliti dan mengambil kira kualiti kain. Turut diambil kira dengan menampilkan ciri khas seperti cekak musang atau teluk belanga untuk mengangkat ciri-ciri tradisional pada penampilan mereka.

Dengan mempertimbangkan setiap aspek ini, para lelaki secara tidak langsung meraikan warisan budaya pakaian Melayu dalam setiap penampilan mereka. Secara tidak sedar, mereka dapat memberi penghargaan terhadap nilai-nilai tradisi yang turun-temurun.

Kini, terdapat banyak label fesyen tempatan menawarkan koleksi baju Melayu yang pelbagai, memenuhi keperluan dan citarasa pelanggan dengan rekaan yang kreatif dan inovatif. Dalam koleksi-koleksi mereka, kita dapat menyaksikan pelbagai variasi gaya dan rona yang menarik, menggabungkan elemen tradisional dan moden. Selain itu, proses pembuatan, jahitan, dan kemasan baju Melayu juga telah memberikan penekanan yang tinggi terhadap kualiti. Daripada bermula dengan ciptaan klasik hingga moden, label fesyen Malaysia menawarkan rangkaian yang akan menjadikan anda penuh gaya pada Hari Raya.

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

GLAM Lelaki menyenaraikan 10 label fesyen tempatan yang mempunyai koleksi baju raya untuk tahun ini.

1. BULAN BINTANG

2. ELRAH EXCLUSIVE

3. ANAABU

4. SHALS

5. HATTA DOLMAT

6. KHATAM

7. OMAR ALI

8. PRIMAVALET

9. JOVIAN

10. ASAL LELAKI

 

Baca lebih lanjut: 7 LOKASI BERBUKA PUASA TERBAIK RAMADAN INI

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Hatta Dolmat Raya

RAIKAN PAGI RAYA 2024 BERSAMA HATTA DOLMAT

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
JUNG KOOK UNTUK CALVIN KLEIN

JUNG KOOK HANGATKAN KEMPEN CALVIN KLEIN

Bacaan Lanjut

6 PAKAIAN KOLEKSI RAYA PUMA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Bacaan Lanjut
ANAABU BLACK SERIES 2022, INJEKSI NUANSA HITAM

ANAABU BLACK SERIES 2022, INJEKSI NUANSA HITAM

Bacaan Lanjut