ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Baru dua bulan memegang status suami, Ed Westwick bakal menggalas peranan sebagai bapa pula tidak lama lagi.
Beberapa hari lalu aktor berusia 37 tahun itu mengumumkan bahawa isterinya Amy Jackson kini sedang berbadan dua. Menerusi perkongsian di Instagram, Ed memuat naik beberapa foto mesra mereka yang jelas menunjukkan perut Amy yang semakin membesar.
Model dan aktres itu kelihatan anggun dalam gaun putih tanpa lengan manakala Ed pula dilihat menggayakan kemeja-T putih bersama celana hitam. Tiada kapsyen disertakan dengan foto itu namun Ed berkongsi semula hantaran tersebut di Instagram Story bersama beberapa emoji hati.
Ini bukanlah kehamilan pertama Amy. Bintang Crakk itu mempunyai seorang putera berusia lima tahun hasil perhubungannya dengan pengusaha hotel dan pelabur, George Panayiotou dari 2015 hingga 2021.
Hari Bahagia Ed Westwick & Amy Jackson
Pasangan ini bertemu di trek perlumbaan Silverstone pada 2021 dan mengikat tali pertunangan pada penghujung Januari lalu. Mereka selamat disatukan sebagai suami isteri pada Ogos 2024 dalam satu majlis indah yang berlangsung selama tiga hari.
Ed dan Amy bergelar suami suami isteri yang sah dalam satu majlis tertutup di London. Mereka kemudiannya terbang ke Amalfi Coast, Itali untuk diraikan sebagai pengantin baru.
Majlis perkahwinan pasangan itu dimulakan dengan sesi pelayaran menyaksikan matahari terbenam di sebalik Faraglioni Rock, menurut perkongsian Amy di media sosial. Ed turut berkongsi kemeriahan hari bahagia mereka bersama 11 juta pengikutnya di Instagram.
“Malam pertama majlis perkahwinan kami bagaikan mimpi – makanan jalanan Neapolitan dan sushi oleh chef Bintang Michelin epik Salavtore Lazzetta, Spicy Margaritas yang sentiasa ada, serta menari di bawah cahaya bintang dengan insan kesayangan kami. ”
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di istana abad ke-16 Castello Di Rocca Cilento dengan pemandangan indah tepi laut. Amy kelihatan anggun dalam gaun korset tanpa tali rekaan Alberta Ferretti manakala Ed memilih tuksedo putih rekaan Giorgio Armani.
Majlis resepsi hari ketiga menyaksikan pasangan raja dan ratu sehari meluangkan masa bersama tetamu di kelab tepi pantai yang dikelilingi taman indah saat matahari terbenam.
“Kami membuat keputusan mencipta semula satu majlis yang mengingatkan kepada tempat kegemaran kami. Iaitu taman di kediaman baru kami di pinggar bandar, yang sentiasa membuatkan kami berasa gembira dan tenang,” kata Amy.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: “SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN
Zendaya dilihat hadir ke majlis pelancaran Bero, jenama bir tanpa alkohol milik teman lelakinya di New York City baru-baru ini.
KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA
Angelina Jolie mencetuskan spekulasi percintaan apabila dilihat bermalam dengan penyanyi rap Britain, Akala di sebuah hotel di London.
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER
Walaupun ada ura-ura mengatakan Timothee Chalamet dan Kylie Jenner telah berpisah, hakikatnya jalinan cinta antara mereka semakin mekar dan kukuh.
AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH SAMBUT KEHADIRAN ORANG BARU
Tahniah buat Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 26 September lalu.
ED WESTWICK & AMY JACKSON DIRAI SEBAGAI SUAMI ISTERI DI ISTANA ITALI ABAD KE-16
Ed Westwick selamat disatukan dengan model dan pelakon, Amy Jackson dalam satu majlis indah yang berlangsung selama tiga hari di Amalfi Coast, Itali.
JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG
Justin Bieber dan Hailey Bieber selamat menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Jack Blues Bieber pada 23 Ogos lalu.