JOSHUA FITTON BERTUNANG BERSAMA SITI SALEHA
Berita pertunangan Joshua Fitton dan Siti Saleha menerima respon positif daripada media dan peminat mereka berdua.
Pereka fesyen Malaysia, Joshua Fitton secara rasminya sudah bertunang bersama pelakon anggun Malaysia, Siti Saleha. Mereka dikhabarkan bercinta selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk bertunang. “Kami sudah bersedia untuk mengumumkan pertunangan kami.” ujar Siti Saleha. Joshua kelihatan tersipu-sipu apabila Siti Saleha, atau lebih mesra dipanggil Sally membuat kenyataan berikut.
@officialklfw You heard it first – she’s engaged! 💍✨ Siti Saleha & Joshua Fitton just announced it at KL Fashion Awards 2024! #KLFA2024 #KLFA #KLFW #AmPrivateBanking #MandarinOrientalKL #ImAFan #KyōtillKO ♬ Diet Pepsi – Addison Rae
“Kami dengan gembira ingin berkongsi, kami sudah bertunang.” ujar Joshua pula di dalam video yang dimuat naik oleh akaun TikTok KLFW. Mereka berdua kelihatan menghadiri acara KL Fashion Awards pada 8 November 2024 yang lalu. Hubungan antara mereka berdua bukanlah satu berita yang mengejutkan. Sepanjang dua tahun ini, Joshua dan Sally sering dilihat keluar bersama lebih-lebih lagi ke sebarang acara.
Joshua Fitten merupakan seorang pereka fesyen dan pengarah kreatif untuk jenamanya sendiri, Atelier Fitton. Atelier Fitton merupakan jenama premium yang menggabungkan elemen kemewahan dengan elemen English serta tradisional. Joshua merupakan kacukan Melayu dan Inggeris. Selain dari dirinya yang mengharumkan nama Malaysia, adik perempuannya Leila Louise Fitton juga merupakan seorang pelakon yang pernah berlakon dalam filem Crazy Rich Asian.
Bercerita tentang Atelier Fitton, Joshua menggambarkan lelaki yang menyarung Atelier Fitton sebagai lelaki ‘on the go’. “It’s about a man constantly on the go. Dan pada masa sama, ingin tampil sharp. Lelaki Atelier Fitton juga adalah lelaki bersedia menghadapi apa jua bentuk cabaran dan eager to do things.”
Pada pandangan Joshua, Atelier Fitton turut mempunyai persaingan dengan jenama lain, terutamanya jenama high street luar negara. Koleksi mudah didapati, harga berpatutan dan menawarkan seleksi stail. Secara tak langsung, memberi cabaran baginya untuk membina empayar fesyen di Malaysia.
Pautan Berkaitan: EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SITI SALEHA TERIMA PENGIKTIFARAN ANTARABANGSA DI KOREA SELATAN
‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itulah peribahasa tepat yang menggambarkan situasi Siti Saleha apabila dinobat sebagai Bintang Asia Terbaik.
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 tahun ini dengan meriah. Bertemakan 'Mismatched Chaos', para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.
SIRI PRIME PERTAMA MALAYSIA THAT COVER GIRL DIBINTANGI SITI SALEHA, HISYAM HAMID, ALICIA AMIN & AIMAN HAKIM
Prime Video telah mengumumkan siri sulung Amazon Original dari Malaysia, "That Cover Girl," yang akan ditayangkan secara eksklusif di Malaysia dan lebih 240 wilayah di seluruh dunia pada 19 Oktober.
KEBENARAN MENGENAI BERITA PERTUNANGAN SHARNAAZ AHMAD
Selepas netizen dikejutkan dengan berita pertunangan Shila Amzah dan Ubai, kini Sharnaaz Ahmad pula tampil dengan kejutan serupa.
SHILA AMZAH & UBAI BERTUNANG SELEPAS LIMA BULAN MENYULAM CINTA
Shila Amzah dan Ubai mengejutkan netizen apabila mengumumkan bahawa mereka telah pun mengikat tali pertunangan.
NOH SALLEH BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA
Sembilan bulan hidup solo, Noh Salleh bakal menjejakkan kaki ke jenjang pelamin buat kali kedua tidak lama lagi.