Skip to content

RASAI KEAJAIBAN A.I TEKNOLOGI DI RE x SAMSUNG EXPERIENTIAL NETWORKING

Kongsikan artikel ini

Bertempat di Glasshouse Seputeh, acara RE x Samsung Experiential Networking telah mengubah ruang ini menjadi pusat kreativiti dan inovasi, memadukan seni dengan kecanggihan teknologi dalam suasana yang memukau.

 

Acara ini dihadiri oleh barisan personaliti ternama, termasuk pempengaruh terkenal seperti Adib Aidil, Aizat Saha dan ramai lagi  bersama-sama usahawan dan pemimpin industri yang hadir untuk menyaksikan bagaimana teknologi memperkasa kreativiti dalam kehidupan haria.

Seawal jam empat petang, Keanu Azman, pengacara terkenal, membuka majlis dengan penuh semangat, memperkenalkan pelbagai aktivasi menarik yang disusun khas untuk para tetamu. Acara ini memberi peluang kepada tetamu untuk mencuba sendiri Samsung Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Z Fold6, di mana teknologi ini menjadi tunjang pengalaman sepanjang hari.

Antara aktivasi menarik yang mencuri perhatian:

GLAM V.”A.I.”P Wall – Sentuhan peribadi dengan potret tetamu yang ditransformasikan menjadi karya seni digital AI dan dipamerkan pada skrin LED, memberikan elemen futuristik yang mengagumkan.

Samsung

BAZAAR Expression Lounge – Ruang untuk para tetamu menonjolkan kreativiti dengan menghasilkan rekaan peribadi menggunakan teknologi Samsung, yang kemudian ditukarkan menjadi cenderahati unik seperti poskad. Di activation Bazaar Expression Lounge juga, tetamu dapat mencipta phone charm pilihan masing-masing yang dibawakan oleh Bowerhaus.

GLAM LELAKI #GLWHO? – Aktivasi interaktif di mana tetamu meneroka “watak AI” mereka melalui kuiz personaliti, dan imej AI khas dihasilkan menggunakan Samsung Galaxy Z Fold6.


ICON Social Affair – Ruang santai dengan kopi HWC yang menambah elemen elegan kepada pengalaman tetamu, sambil menggalakkan perbualan bermakna dan peluang networking.

  • EH! Beauty Circle: Bekerjasama dengan Handmade Heroes, tetamu menerima sampel produk kecantikan tempatan yang menarik. Mereka juga dijemput untuk menangkap gambar produk yang menarik ini dan menggunakan alatan lakaran digital untuk memperibadikan imej mereka, mencipta pengalaman kecantikan yang menyeronokkan dan bermakna.

Samsung

Kemuncak acara adalah sesi AI Talk Sessions, di mana pakar seperti Nelissa Hilman, Sid Murshid, Kai Zen Au, dan Dhan Illiani berkongsi pandangan mereka tentang bagaimana AI memperkasa kreativiti dan meningkatkan produktiviti harian. Keanu Azman bertindak sebagai moderator, menjadikan sesi perbincangan ini lebih interaktif dan penuh inspirasi.

Samsung

 

Acara ini tidak hanya berakhir dengan networking dan aktivasi interaktif, tetapi turut memberikan kenangan manis kepada tetamu yang membawa pulang hadiah eksklusif daripada Handmade Heroes. Sebuah acara yang bukan sekadar pengalaman, tetapi satu perayaan seni, teknologi, dan kreativiti.

Artikel Berkaitan: SAMSUNG MALAYSIA MENGUMUMKAN PERTANDINGAN “SOLVE FOR TOMORROW”

By Emma Raof
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Galaxy Unpacked

GALAXY UNPACKED JULAI 2024: SERTAI KUNCI GANJARAN LUAR BIASA & KEJUTAN HARIAN

Bacaan Lanjut
semua house

PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

Bacaan Lanjut

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut

‘PARTY OF THE YEAR’ BIZ OF RE MERAIKAN ULANG TAHUN KE-3

Bacaan Lanjut

ACARA TAYANGAN PERDANA FILEM PENDEK ‘I AM WOMAN’ BERLANGSUNG MERIAH

Bacaan Lanjut