Skip to content

PAUL POGBA DAN ADIDAS BERKOLABORASI

Kongsikan artikel ini

Paul Pogba merupakan antara pemain bola sepak paling digeruni dan bersinar saat ini. Beliau kini bermain untuk posisi tengah bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Ternyata beliau cukup dikagumi termasuklah jenama sukan gergasi Adidas yang dikhabarkan akan berkolaborasi dengan beliau. Koleksi ini diberi nama Soccer x Paul Pogba.

1484596072_d327814ae9325b09a2c9f7fd15131634

“I joined Adidas because I believed that it would let me express my creativity on and off the pitch.”

“After wearing a number of one-off bespoke boots on the pitch, I wanted to take things to the next level. The launch of the adidas x Pogba Collection is the first step of my wish to leave my mark and shows how I view soccer, both on and off the pitch.”

Semalam, pemain bola sepak tersebut menandatangani kontrak bernilai $582 juta bersama jenama itu untuk melancarkan koleksi pakaian sukan (sportswear). Sebelum ini Paul pernah bekerjasama dengan Adidas untuk menhasilkan kasut bola khas yang diberi nama PURECONTROL.

ppliu

Koleksi yang didominasi oleh kombinasi warna hitam dan emas ini juga turut akan meletakkan simbol ‘PP’ sebagai initial nama Paul untuk setiap produk dalam koleksi yang dikeluarkan. Koleksi ini didatangkan dengan pelbagai jenis produk, antara hoodies, t-shirt, kasut bola, pakaian olahraga dan banyak lagi. Antara yang menariknya, kasut bola yang dikeluarkan ini turut disadurkan dengan emas tambahan dan marmar unik di atasnya.

Khabarnya, produk-produk khas ini akan dipasarkan secara global melalui penjualan atas talian (colette.fr) pada hari ini!

stadium_pair-0288078

gallery-1484564174-paul-pogba-adidas-football-11nutt

paul pogba

Saksikan video ekslusif koleksi adidas Football x Pogba di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=B52DRvLDlvI

Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 Januari 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut