Skip to content

PENGHORMATAN NAMA SERANGGA BUAT TRUMP

Kongsikan artikel ini

Beberapa hari saja lagi, Donald Trump bakal duduk di kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) secara rasminya. Walaupun perlantikannya itu mendapat respon berbagi daripada rakyat US khususnya, Trump dilihat tidak pernah melatah. Dan terbaru, nama Trump kembali tular apabila beliau menerima penghormatan daripada seorang saintis apabila nama beliau digunakan untuk satu spesies baharu seekor serangga. Biar betul!

moth2-large_trans_NvBQzQNjv4BqOqYaiA2jP_cjd_vgf5A70kWcakpjTb5jDnh8WIVSsrI

 Neopalpa donaldtrumpi merupakan nama siantifik yang diberikan kepada spesies serangga yang baru ditemui selepas rupa mahkluk itu jelas kelihatan seperti figura ahli politik tersebut. Serangga berkenaan kelihatan memiliki ‘mahkota’ berwarna perang menyamai bentuk rambut Trump selain bentuk mata yang sama. Serangga tersebut ditemukan di California Selatan di AS dan Baja California di Mecixo dan dikhabarkan semakin pupus.

qrwr

Rupa mahkluk ini yang jelas kelihatan seperti figura ahli politik Donald Trump

Pakar biologi, Dr Vazrick Nazari yang menemukan serangga berkenaan menceritakan penemuan itu menerusi jurnal terbaharunya, Zookeys. Menurut beliau, pemilihan nama Trump dibuat dengan harapan dapat menarik perhatian umum tentang keunikan spesies terbabit. Jelasnya lagi dalam temubual tersebut, “Nama Trump mungkin dapat menyelamatkan habitat spesies itu menerusi usaha pemuliharaan secara serius,” katanya.

Sebelum ini, bekas presiden US, iaitu Obama pernah juga dinamakan untuk seekor ikan dan buat pengetahuan, sebanyak 9 nama makhluk semulajadi dikaitkan dengan Obama. (Sumber: telegraph.co)

Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 Januari 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947

Bacaan Lanjut

COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA

Bacaan Lanjut

KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022

Bacaan Lanjut

NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK

Bacaan Lanjut
ELON MUSK TITIP PESANAN BUAT JOHNNY DEPP & AMBER HEARD

ELON MUSK TITIP PESANAN BUAT JOHNNY DEPP & AMBER HEARD

Bacaan Lanjut

H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON

Bacaan Lanjut