VIDEO MUZIK ‘SEJATI’ FAIZAL TAHIR BIKIN SEBAK
Penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir baru saja melancarkan video muzik untuk lagu hitnya, Sejati sebentar tadi.
Pada pendapat kami, Faizal Tahir memang tidak pernah mengecewakan peminat industri muzik tanah air baik dari segi kualiti lagu, mahupun video muzik.
Baru saja dimuat naik di laman rasmi YouTube-nya sebentar tadi, video muzik tersebut telah pun mencapai 22 ribu tontonan tidak sampai 5 jam berada di atas talian! Wow, sememangnya aura Faizal Tahir tidak pernah padam, bukan?

Apa yang menariknya mengenai video muzik terbarunya itu adalah plot twist menyedihkan serta mainan naratif video muzik tersebut. Ditambah pula dengan sinematografi serta lakon layarnya yang cantik, cukup mengagumkan kami. Hasil produksi Faithworks dan diarahkan oleh Khairul Hezman disokong dua tunjang utama pelakon baru Farhaziq Manaf dan Fazreen Fazera, muzik video ini ternyata punyai kekuatannya yang tersendiri.

Plot video muzik ini dimulakan dengan babak di mana seorang wanita yang seakan seperti diculik dan hampir dirogol, namun diselamatkan oleh seorang lelaki. Yang pasti, pengakhirannya pasti bikin anda sebak dan semestinya tidak dijangka.
Layari pautan di bawah untuk menonton muzik video Faizal Tahir, Sejati.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











