PAUL POGBA DAN ADIDAS BERKOLABORASI
Paul Pogba merupakan antara pemain bola sepak paling digeruni dan bersinar saat ini. Beliau kini bermain untuk posisi tengah bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Ternyata beliau cukup dikagumi termasuklah jenama sukan gergasi Adidas yang dikhabarkan akan berkolaborasi dengan beliau. Koleksi ini diberi nama Soccer x Paul Pogba.

“I joined Adidas because I believed that it would let me express my creativity on and off the pitch.”
“After wearing a number of one-off bespoke boots on the pitch, I wanted to take things to the next level. The launch of the adidas x Pogba Collection is the first step of my wish to leave my mark and shows how I view soccer, both on and off the pitch.”
Semalam, pemain bola sepak tersebut menandatangani kontrak bernilai $582 juta bersama jenama itu untuk melancarkan koleksi pakaian sukan (sportswear). Sebelum ini Paul pernah bekerjasama dengan Adidas untuk menhasilkan kasut bola khas yang diberi nama PURECONTROL.

Koleksi yang didominasi oleh kombinasi warna hitam dan emas ini juga turut akan meletakkan simbol ‘PP’ sebagai initial nama Paul untuk setiap produk dalam koleksi yang dikeluarkan. Koleksi ini didatangkan dengan pelbagai jenis produk, antara hoodies, t-shirt, kasut bola, pakaian olahraga dan banyak lagi. Antara yang menariknya, kasut bola yang dikeluarkan ini turut disadurkan dengan emas tambahan dan marmar unik di atasnya.
Khabarnya, produk-produk khas ini akan dipasarkan secara global melalui penjualan atas talian (colette.fr) pada hari ini!



Saksikan video ekslusif koleksi adidas Football x Pogba di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=B52DRvLDlvI
Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.











