RALPH LAUREN BAWA ARTIS THAI, JOONG & DUNK MELAWAT JEWEL CHANGI AIRPORT
RALPH LAUREN MENYEMARAKKAN MUSIM PERCUTIAN DI JEWEL CHANGI AIRPORT DENGAN PEMBUKAAN POP-UP EKSKLUSIF. ARTIS THAI, JOONG DAN DUNK HADIR UNTUK MERASMIKAN MAJLIS PEMBUKAAN.
Musim ini, Ralph Lauren bekerjasama dengan Jewel Changi Airport di Singapura sebagai jenama fesyen pertama yang mengubah ruang Forest Valley menjadi ekspresi penuh semangat musim percutian. Meraikan keajaiban musim cuti, Ralph Lauren membina sebatang pokok setinggi 16 meter yang direka khas bersama-sama dengan pondok alpine musim sejuk, terletak di atas ‘Jewel Rain Vortex’-air terjun dalaman tertinggi di dunia yang terletak di tengah-tengah lapangan terbang Jewel Changi.

DOMINASI JOONG & DUNK BERSAMA RALPH LAUREN
Menjemput pelawat dari seluruh dunia untuk merasai musim cuti terbaik bersama Ralph Lauren, pengambilalihan ini menampilkan rumah persinggahan alpine musim sejuk berskala penuh yang diselimuti salji dan dihiasi dengan selimut dan bantal tartan khas, hadiah perayaan dan Polo Bear ikonik jenama itu.
Dihiasi dekorasi menarik, tetamu akan disambut oleh Ralph Lauren Holiday Tree. Berlatarbelakangkan pemandangan yang luar biasa, bahagian tengah tempat acara ini dihiasi dengan perhiasan buatan tangan yang mencerminkan keanggunan abadi dunia Ralph Lauren. Di dalam rumah persinggahan musim sejuk yang menawan, Polo Bears ikonik Ralph Lauren menawarkan rasa aneh dan nostalgia, menjadikan rumah persinggahan itu suatu persinggahan yang tidak dapat dilupakan untuk keluarga dan rakan dari semua peringkat umur.

Dunk & Chen

Chen & Dunk
Sebagai tanda pembukaan rasmi, Ralph Lauren menjemput artis Thailand, Archen Aydin (Joong) dan Dunk Natachai ke majlis tersebut. Mereka berdua merasmikan majlis itu dengan menyalakan lampu Polo Ralph Lauren Jewel Holiday Tree, maka bermulanya musim perayaan dan keanggunan.
Bukan mereka sahaja, selebriti dan pempengaruh dari Singapura dan Malaysia turut hadir. Antara yang kelihatan ialah Christinna Kuan dan Jestinna Kuan (Malaysia), Glenn Yong dan Desmond Tan (Singapura).

Christinna Kuan

Glenn Yong
Sebagai tambahan lagi, selain membeli belah koleksi Ralph Lauren dan Polo Ralph Lauren, terdapat pelbagai aktiviti menarik lain yang boleh dicuba. Seperti kiosk menghantar poskad dan servis ‘Create Your Own’ yang membolehkan anda menghias outfit Polo dengan monogram pilihan.
Artikel berkaitan: TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT
Terokai The Coach Restaurant Singapore menyatukan fesyen, seni kulinari dan gaya hidup mewah di Jewel Changi Airport.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.











