BELASUNGKAWA! IBU SCHA ALYAHYA DIJEMPUT ILAHI
Takziah diucapkan kepada aktres dan pengacara, Scha Alyahya atas kehilangan salah seorang insan terpenting dalam hidupnya beberapa hari lalu.
Tanggal 7 Disember 2024 menyaksikan ibunda tercinta, Junainah Hashim pulang ke negeri abadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 pagi di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Khabar duka itu dimaklumkan suami Scha, aktor dan hos Awal Ashaari menerusi satu perkongsian di Instagram Story.
“Innalilahi wa inna ilaihi rojiun. Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya, Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya.
“Jenazah telah dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia, dan ampunkan dosa dan kesalahannya,” tulisnya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Asar. Menurut beberapa laporan media, Allahyarhamah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Scha pernah berkongsi pada 2022 bahawa ibunya sudah lima tahun menjalani rawatan dialisis akibat masalah buah pinggang.
AC Mizal Sendirian Tanpa Scha Alyahya
Umum mengetahui Scha sepatutnya menjadi pengacara bersama di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) pada malam Sabtu. Perancangan itu bagaimanapun tidak terlaksana apabila Scha kehilangan ibu tersayang pada hari sama.
Pengacara utama, Datuk AC Mizal yang tampil sendirian di atas pentas mengumumkan berita sedih itu kepada para hadirin.
“Saya sepatutnya mengacara bersama Scha malam ini, namun kami telah menerima khabar duka. Ibunya telah kembali ke rahmatullah. Salam takziah buat Scha sekeluarga,” katanya.
Tanpa kehadiran Scha, FFM33 diteruskan seperti biasa dan AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara tunggal sepanjang acara berlangsung.
Foto: Instagram/Facebook
Pautan berkaitan: BELASUNGKAWA! SHARNAAZ AHMAD KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM LAKONAN PELAKON LELAKI TERBAIK FFM33, BETO KUSYAIRY
Pelakon Malaysia versatil, Beto Kusyairy memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di FFM33 pada 7 Disember 2024 yang lalu. Pada 7 Disember 2024 yang lalu, Beto Kusyairy telah meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-33. Sebagai seorang pelakon yang versatil, lakonan Beto tidak pernah mengecewakan dalam setiap karya yang dilakonkan olehnya. Sempena…
GAYA HANGAT SELEBRITI DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024
Liyana Jasmay serta pasangan romantis, Syafiq Kyle dan Mimi Lana antara yang hadir menghangatkan karpet merah FFM.
IMAGINUR UNGGUL DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024
Naskah yang meniti bibir penonton, Imaginur melakar sejarah apabila dinobat sebagai Filem Terbaik pada malam kemuncak FFM33.
FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR
Acara pembukaan semula butik flagship Franck Muller terbesar rantau Asia di Pavilion Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.