5 FILEM LAKONAN PELAKON LELAKI TERBAIK FFM33, BETO KUSYAIRY
Pelakon Malaysia versatil, Beto Kusyairy memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di FFM33 pada 7 Disember 2024 yang lalu.
Pada 7 Disember 2024 yang lalu, Beto Kusyairy telah meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-33. Sebagai seorang pelakon yang versatil, lakonan Beto tidak pernah mengecewakan dalam setiap karya yang dilakonkan olehnya. Sempena ucapan tahniah GLAM Lelaki kepada Beto Kusyairy, kami senaraikan 5 filem lakonannya yang patut and tontoni.
#1 Istanbul Aku Datang!
Istanbul Aku Datang! ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2012, arahan Bernard Chauly dengan skrip oleh Rafidah Abdullah. Filem ini menampilkan Beto Kusyairy, Lisa Surihani dan Tomok sebagai pelakon utama. Ceritanya mengisahkan Dian, seorang gadis yang nekad terbang ke Istanbul, Turki, demi berada dekat dengan kekasih hatinya. Filem ini membuatkan Beto menjadi kegilaan ramai gadis dengan watak Harris yang kelakar dan bertimbang rasa pada masa yang sama. Istanbul Aku Datang! juga memenangi Filem Terbaik Komedi di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013.
#2 Bisik Pada Langit
Bisik Pada Langit merupakan sebuah filem drama Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2017, arahan Kabir Bhatia. Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Erwin Dawson, dan Fadilah Mansor. Beto Kusyairy memegang watak Zaidi, abang kepada Ummi Nazeera yang menjadi kebanggaan bapanya kerana belajar di luar negara. Filem megisahkan pengorbanan keluarga ini telah menumpah banyak air mata rakyat Malaysia.
#3 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ialah sebuah filem epik biografi sejarah Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2022. Diarahkan oleh Syamsul Yusof, filem ini berdasarkan skrip yang ditulis olehnya bersama Shahruddin Mt Dali untuk terbitan Studio Kembara. Filem ini menampilkan Adi Putra sebagai Mat Kilau dan pelakon pembantu seperti Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, dan Johan As’ari.
#4 Gila Baby
Gila Baby ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2014. Diarahkan oleh Kabir Bhatia, filem ini menampilkan Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Fimie Don, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi sebagai watak utama. Ia menceritakan tentang Bob, lakonan Beto Kusyairy yang terdesak mendapatkan wang untuk menanggung kos pembedahan ayahnya di hospital. Dalam usahanya mencari jalan mudah, Bob bekerjasama dengan Roy iaitu Sharnaaz Ahmad untuk mencuri kereta. Namun situasi menjadi rumit apabila mereka mendapati seorang bayi berada di tempat duduk belakang kereta yang dicuri. Filem ini memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015.
#5 IMAGINUR
IMAGINUR ialah sebuah filem cinta–cereka sains Malaysia 2023 arahan Nik Amir Mustapha. Skrip filem ini ditulis bersama oleh Nik Amir dan Redza Minhat. Dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle, ia mengisahkan tentang kisah cinta di antara jejaka bernama Zuhal bersama seorang gadis cantik bernama Nur yang sering muncul di dalam mimpinya. Selain dari Beto yang memenangi Anugerah Pelakon Terbaik sebagai watak Zuhal, IMAGINUR juga meraih Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33.
Pautan Berkaitan: NETFLIX: 10 SIRI DAN FILEM PALING MENAKUTKAN WAJIB TONTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA HANGAT SELEBRITI DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024
Liyana Jasmay serta pasangan romantis, Syafiq Kyle dan Mimi Lana antara yang hadir menghangatkan karpet merah FFM.
BELASUNGKAWA! IBU SCHA ALYAHYA DIJEMPUT ILAHI
Takziah diucapkan kepada aktres dan pengacara, Scha Alyahya atas kehilangan ibunda tercinta akibat serangan jantung beberapa hari lalu.
IMAGINUR UNGGUL DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2024
Naskah yang meniti bibir penonton, Imaginur melakar sejarah apabila dinobat sebagai Filem Terbaik pada malam kemuncak FFM33.
KENALI EMAN MANAN ‘OTAI’ MALAYSIA 60-AN YANG KEKAL AKTIF
Pelakon filem Takluk Lahad Datu Eman Manan, 66 terus aktif dalam dunia lakonan, kekal komited selagi ia seiring dengan prinsip kepercayaannya.
#GLALPHAMEN2023 ‘FRAGRANCE GAME CHALLENGE’ BERSAMA MONTBLANC EXPLORER PLATINUM
Siapakah yang bergelar juara? GLAM Lelaki mengadakan ‘game challenge’ bersama Montblanc Explorer Platinum dan 10 personaliti #GLAlphamen2023 untuk edisi “Our Heroes” tahun ini.
EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC
Untuk edisi tahun ini, GLAM Lelaki bersama Montblanc mempersembahkan Alphamen 2023 dengan menampilkan koleksi beg dan aksesori kulit Montblanc Extreme 3.0 terbaharu.