4 AKTOR TERKENAL YANG PERNAH MENYERTAI KUMPULAN MUZIK
Ramai selebriti di Hollywood mempunyai bakat besar dalam industri hiburan, bukan saja dunia lakonan tetapi juga muzik.
Ada antara mereka yang bermula sebagai ahli kumpulan muzik sebelum melangkah masuk ke dunia lakonan. Ada juga pelakon yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi di tengah-tengah kesibukan dengan jadual penggambaran. Kesemuanya berjaya membuktikan versaliti mereka sebagai anak seni di Hollywood.
Semak siapakah pelakon yang pernah menjadi ahli kumpulan muzik
1. Ryan Gosling
Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak pada 90-an, Ryan Gosling kemudian membentuk kumpulan muzik duo rock bersama rakan lamanya, Zach Shields. Kumpulan yang diberi nama Dead Man’s Bones itu melancarkan album pertama pada 2009. Menggunakan nama pentas Baby Goose, Ryan menyumbangkan vokalnya termasuk bermain pelbagai alat muzik seperti gitar bass, keyboard dan piano.
2. Keanu Reeves
Sebelum dibubarkan pada 2002, kumpulan rock alternatif, Dogstar meniti populariti disebabkan Keenu Reeves. Pelakon ini merupakan pemain gitar bass kumpulan itu di samping Robert Mailhouse, Gregg Miller dan Bret Domrose. Mereka melancarkan album sulung, Our Little Visionary pada tahun 1996 sebelum mengakhiri perjalanan muzik mereka pada tahun 2000 menerusi album Happy Ending. Kumpulan ini kemudiannya kembali bersatu selepas dua dekad dan menjayakan konsert jelajah mereka pada musim panas lalu.
3. Michael Shannon
Pada 2002, pelakon The Shape of Water ini membentuk kumpulan rock indie, Corporal di samping dua rakannya Ray Rizzo dan Rob Beitzel. Mereka merakamkan album pertama dalam hanya 14 hari, namun ia mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan disebabkan konflik jadual ahli kumpulan.
4. Jack Black
Pelawak ini bergabung idea dan tenaga dengan penyanyi, pelakon dan penulis lirik Kyle Gass untuk membentuk duo rock komedi, Tenacious D. Setelah melancarkan album pertama, mereka ditawarkan kontrak siri televisyen tiga musim bersama HBO berjudul The Adventures of Tenacious D. Malah mereka pernah membuat persembahan pembukaan untuk kumpulan rock terkenal seperti Pearl Jam, Tool dan penyanyi yang memenangi anugerah Grammy, Beck Hansen.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 5 PELAKON HOLLYWOOD INI PERNAH BERNIAT UNTUK BERSARA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.











