5 SELEBRITI TERKENAL YANG MEMINATI WANITA LEBIH MATANG & BERUSIA
Cinta itu buta dan tidak mengenal usia. Kita biasa melihat selebriti lelaki memilih wanita lebih muda, senario sebaliknya dianggap luar biasa.
Namun kini trend memiliki teman wanita atau isteri berusia semakin berkembang di Hollywood. Sejak sedekad lalu perkara ini semakin diterima dan menjadi ikutan ramai selebriti. Malah terbukti jurang usia bukanlah penanda aras kebahagiaan.
Nama Aaron Taylor-Johnson dan isterinya yang juga pengarah, Sam Taylor-Johnson kembali menjadi sebutan selepas mereka menghadiri tayangan perdana filem Kraven The Hunter baru-baru ini.
Pasangan itu berkahwin pada 2012 ketika Aaron berusia 22 manakala isterinya 45 tahun. Walaupun memiliki jarak usia 23 tahun, pasangan itu kekal bahagia hingga kini dan dikurniakan dua cahaya mata.
GL senaraikan empat lagi selebriti lelaki yang memilih wanita berusia sebagai isteri
1. Tom Kaulitz
Jurang usia: 16 Tahun
Tom Kaulitz hanyalah seorang remaja ketika mencipta nama sebagai pemain gitar kumpulan rock German, Tokio Hotel. Siapa sangka dua dekad kemudian dia akan menjalin hubungan dengan salah seorang supermodel tersohor, Heidi Klum.
Pasangan ini mula bercinta pada 2018 dan berkahwin setahun kemudian. Pemuzik ini menerima empat cahaya mata Heidi dengan tangan terbuka, dan yang sulung hanya 14 tahun lebih muda daripadanya!
2. Nick Jonas
Jurang usia: 10 Tahun
Nick Jonas membuka langkah memikat hati Priyanka Chopra dengan menghantar mesej di Instagram pada 2016 namun mereka mula menjalin cinta pada 2018. Perhubungan mereka berkembang dengan pantas!
Pasangan ini bertunang dan berkahwin pada tahun yang sama dalam majlis yang cukup meriah di India. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Malti Marie.
3. Blake Shelton
Jurang usia: 7 Tahun
Tiada angin tiada ribut, Blake dan Gwen Stefani mengumumkan mereka sedang menjalin hubungan cinta pada 2015. Mereka mendirikan rumah tangga pada 2021 ketika Blake berusia 45 tahun manakala isterinya 52 tahun. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Blake dan kedua buat Gwen.
4. Ryan Gosling
Jurang usia: 6 Tahun
Walaupun nampak sepadan, Ryan dan Eva Mendes sebenarnya mempunyai jurang usia enam tahun. Mereka bertemu di set penggambaran pada 2011. Ketika itu Ryan berusia 31 tahun manakala Eva 37 tahun.
Pasangan ini merahsiakan perkahwinan mereka dan kini hidup bahagia bersama dua anak perempuan, Esmeralda dan Amada.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 5 SELEBRITI BERTEMU JODOH PADA USIA 40-AN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DUA TAHUN BERPISAH DENGAN HARRY STYLES, OLIVIA WILDE TAYANG KEKASIH BARU
Selepas Sofia Vergara memberi bayangan sedang bercinta dengan Lewis Hamilton, kini giliran Olivia Wilde pula memperkenalkan teman lelaki barunya kepada dunia.
JUSTIN BIEBER BERI PETUNJUK RUMAH TANGGA DILANDA BADAI?
Baru lima bulan menimang cahaya mata sulung, muncul laporan mengatakan perkahwinan Justin Bieber dan Hailey Baldwin ibarat retak menanti belah.
PERCINTAAN AUSTIN BUTLER & KAIA GERBER TERLERAI SELEPAS TIGA TAHUN
Tahun baru, kekasih baru? Austin Butler dan Kaia Gerber membuat keputusan untuk berpisah beberapa hari sebelum tahun 2024 melabuhkan tirai.
10 FILEM IKONIK LAKONAN RYAN GOSLING
Glam Lelaki senaraikan barisan filem Ryan Gosling yang meraih skor tertinggi daripada pengkritik Rotten Tomatoes.
4 AKTOR TERKENAL YANG PERNAH MENYERTAI KUMPULAN MUZIK
Berkebolehan menyanyi dan berlakon, selebriti-selebriti ini berjaya membuktikan versaliti mereka sebagai anak seni di Hollywood.
MENURUT SAINS, AARON TAYLOR-JOHNSON LELAKI PALING TAMPAN DI DUNIA PADA 2024!
Aktor Inggeris yang disebut-sebut sebagai pengganti Daniel Craig untuk watak James Bond itu meraih skor hampir sempurna iaitu 93.04%.