Skip to content

5 SELEBRITI BERTEMU JODOH PADA USIA 40-AN

5 SELEBRITI BERTEMU JODOH PADA USIA 40-AN

Kongsikan artikel ini

Kebanyakan bintang Hollywood mengambil masa berpuluh tahun untuk menemui jodoh yang tepat, antaranya bintang realiti Kourtney Kardashian.

Selepas sembilan tahun bercinta dengan Scott Disick dan menjalin perhubungan singkat dengan Younes Bendjima, Kourtney akhirnya bertemu jodoh dengan ‘Mr Right’ yang juga dari kalangan selebriti – Travis Barker dan menamatkan zaman bujang pada usia 43 tahun. Pasangan itu menjalin persahabatan selama bertahun-tahun dan tinggal di kawasan kejiranan sama sebelum cinta mereka berputik pada Januari 2021.

Foto: Instagram

Hanya selepas sembilan bulan bergelar pasangan kekasih, Travis melamar Kourtney di pantai Montecito, California pada 17 Oktober 2021 dengan sebentuk cincin berlian potongan oval. Mereka akhirnya disatukan dalam satu majlis perkahwinan intim namun mewah yang berlangsung di kediaman Dolce & Gabbana di Portofino, Itali pada 22 Mei 2022. Namun Kourtney bukan satu-satunya selebriti yang menunggu sehingga usia 40-an untuk berumah tangga.

GL bariskan empat lagi selebriti yang bergelar isteri buat kali pertama pada usia empat dekad.

1 of 4

Cameron Diaz

Bintang The Sweetest Thing ini mendedahkan pada 2017 mengapa dia menunggu sehingga usia 41 tahun untuk menamatkan zaman bujang. “Saya rasa alasannya kerana saya belum bertemu calon suami yang sesuai. Saya mempunyai beberapa teman lelaki sebelum ini. Terdapat perbezaan besar antara suami dan teman lelaki,” katanya. Cameron bergelar isteri kepada pemain gitar Good Charlotte, Benji Madden pada 2015 dan mereka menimang cahaya mata perempuan, Raddix pada 2020.

Barisan Selebriti Yang Bertemu Jodoh Pada Usia Empat Dekad

Foto: Mega

1 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut