J-HOPE ANGGOTA BTS KEDUA SERTAI LATIHAN KETENTERAAN WAJIB
Selepas empat bulan Jin memasuki kem latihan Korea Selatan, kini giliran J-Hope pula memulakan khidmat ketenteraan wajib selama 18 bulan.
Tahun lalu terdapat perdebatan hangat di kalangan warga Korea mengenai isu ini. Ramai berpendapat anggota BTS perlu diberi pengecualian khas daripada latihan ketenteraan wajib. Bagaimanapun pada bulan Oktober 2022, agensi pengurusan mengumumkan bahawa ketujuh-tujuh penyanyi akan menjalankan tanggungjawab mereka. Dua bulan kemudian, Jin, 30, yang merupakan ahli kumpuan tertua menjadi yang pertama menyertai tentera selepas membatalkan pemohonannya untuk menangguhkan latihan itu.

Minggu lalu rakaman daripada stesen televisyen Korea Selatan menunjukkan sebuah minivan hitam membawa J-Hope, 29, menuju ke kem latihan di Wonju, kira-kira 90 kilometer ke Timur Seoul. Ramai peminat muncul berhampiran kem selepas tiba menaiki bas sewa yang dihiasi dengan poster J-Hope dan ucapan selamat. Big Hit Music kemudiannya merayu kepada peminat atau lebih dikenali sebagai ARMY untuk tidak muncul di kem tersebut atas sebab keselamatan.
J-Hope sempat memberi ucapan ringkas kepada peminat menerusi satu mesej yang dimuat naik di Weverse. “Saya sayangkan kamu semua, ARMY. Semoga bertemu lagi.” Dia turut berkongsi foto terkininya dengan gaya rambut buzz cut. Lima lagi ahli BTS yang lain iaitu RM, Suga, Jimin, V dan Jungkook akan turut menyertai khidmat ketenteraan wajib pada tahun-tahun mendatang. Ini bermakna kesemua anggota bakal bersatu semula sebagai kumpulan hanya selepas beberapa tahun.

Foto: Yonhap
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENAMPILAN JUNG KOOK DI KONSERT ARIRANG MENTAFSIR KOD RUMAH BALENCIAGA
BTS memulakan jelajah dunia Arirang mereka, dimana Jung Kook mempersembahkan fashion feast oleh Balenciaga.
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA
Ahli BTS akhirnya kembali selepas menyelesaikan perkhidmatan tentera mereka. Kini, 6 daripada 7 ahli BTS telah kembali ke industri.
7 ‘BOY GROUP’ HANGAT GENERASI KE-5 K-POP
Generasi ke-5 K-Pop telah mula mengambil alih perhatian peminat global dengan bakat luar biasa serta konsep yang unik.











