Skip to content

J-HOPE, ANGGOTA BTS TERKINI LAKAR SEJARAH DI SPOTIFY

J-HOPE ANGGOTA BTS KEDUA SERTAI LATIHAN KETENTERAAN WAJIB

Kongsikan artikel ini
2 of 2

J-Hope & Jin BTS Berada Di Dua Lokasi Berbeza

Ramai menyangka kedua-dua penyanyi ini bakal bertemu kembali selepas memasuki kem tentera yang sama. Bagaimanapun ia tidak benar. J-Hope dimasukkan ke kem di Wonju manakala Jin pula di Yeoncheon, Wilayah Gyeonggi. Jin memulakan khidmatnya pada 13 Disember 2022 selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-30. Undang-undang Korea Selatan tidak membenarkan kebanyakan warga lelaki menangguhkan perkhidmatan mereka selepas mencapai usia 30 tahun.

Selepas beberapa hari memasuki kem tentera, foto Jin dalam pakaian tentera dikongsikan di The Camp. Ia merupakan laman sesawang buat mereka yang ingin mengikuti perkembangan insan tersayang di kem tentera. Beberapa foto dan video dari kem tentera juga tular di platform media sosial. Sebuah video menunjukkan penyanyi itu memakai pakaian seragam tentera dan topeng muka sambil mengangkat kerusi bersama peserta khidmat ketenteraan lain. ARMY meluahkan rasa teruja dan terharu apabila melihat bintang kesayangan mereka dalam pakaian seragam tentera buat kali pertama.

jin bts

Foto: Twitter

jin

Foto: Twitter

“Saya sangat berbangga melihat dia berkhidmat dalam tentera. Ini membuktikan BTS boleh lakukan apa sahaja atau apa-apa kerja sekalipun,” puji seorang peminat. Seorang lagi menambah, “Dia kelihatan amat segak dalam pakaian seragam tentera.” Jin turut menerima sokongan dan ucapan selamat daripada ahli kumpulan lain. Akaun Twitter rasmi BTS berkongsi beberapa foto mereka di kem latihan berserta kapsyen, “ Abang kami! Pulang dengan selamat! Kami sayangkan kamu.”

Jin menerima latihan asas selama lima minggu dan diajar cara menembak, membaling bom tangan, bertempur dan beberapa latihan lain. Selepas tamat latihan tersebut, dia dan peserta lain akan menyertai pasukan tentera sehingga tamat tempoh wajib yang perlu dijalani.

 

Foto: WireImage

Pautan berkaitan: PENAMPILAN SEGAK JIN BTS DALAM PAKAIAN SERAGAM TENTERA MENCURI PERHATIAN

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut
must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

Bacaan Lanjut