GAYA BUZZ CUT HYUNJIN JADI BUALAN HANGAT DI X
Hyunjin dari Stray Kids sekali lagi menjadi trendsetter apabila gaya rambut buzz cut nya menjadi bualan ramai di aplikasi X.
Putera Versace ini membuat kejutan buat peminatnya di acara karpet merah SBS Gayo Daejeon pada 25 Disember 2024 yang lalu dengan gaya rambut barunya. Hwang Hyunjin, atau lebih gemar dirinya dipanggil Hyunjin merupakan seorang yang berani mencuba perkara baru. Lebih-lebih lagi, dengan gaya rambut dan fesyennya. Hyunjin sebelum ini sudah beberapa kali tular dengan pelbagai gaya rambutnya. Antara gaya rambutnya yang terkenal dan menjadi ikutan ramai merupakan gaya rambut panjangnya. Kini, Hyunjin tampil dengan gaya buzz cut berwarna perang. Gaya rambutnya ini mengejutkan ramai orang sehingga namanya berada di tempat ketujuh Trending Worldwide di aplikasi X.
Hyunjin trends worldwide at #7 following his 2024 sbs gayo daejeon appearance.
Only K-Pop idol in top 10 right now. pic.twitter.com/QlVo0RIIGC
— Viral Takes (@viraltakes) December 25, 2024
Sebagai seorang yang berseni dan mencintai fesyen, kejutan dari Hyunjin ini tidaklah begitu mengejutkan. Sebelum ini, dia pernah memberi kejutan yang lebih kurang pada tahun 2022 untuk kemunculan semula Stray Kids, Maxident. Hyunjin muncul dengan gaya rambut pendek berwarna perang buat pertama kalinya. Akan tetapi, kali ini memberi impak yang lebih dahsyat apabila Hyunjin baru-baru ini tular dengan gaya rambut panjangnya yang lurus dan gelaran Rapunzel yang diberikan olehnya.
Black long hair hyunjin you served well🫡pic.twitter.com/NQvchSvGhU
— hynjinnnn🌙𖤐 (@Hwang_HJN00) December 25, 2024
Hyunjin juga berkongsi gambar gaya rambut buzz cut nya di Instagram, beberapa minit selepas membuat kemunculan di karpet merah SBS Gayo Daejeon. “Ianya mengujakan.” dan “Saya terlalu teruja, saya muatnaik di Instagram.” kata Hyunjin di aplikasi JYP Bubble. Hyunjin memuat naik gambarnya bersama lagu Sweet Life dari Frank Ocean, salah seorang pemuzik kesukaannya di dalam bilik tidurnya. Atas impak gaya buzz cut nya. Hyunjin menerima lebih dari 80k pengikut baru di Instagram, dalam masa satu hari. Selain dari gaya rambut buzz cut, bilik tidurnya juga menjadi bualan ramai apabila dia memuat naik gambarnya.
Kejutan Dari Ahli Stray Kids Yang Lain
Selain dari Hyunjin, Felix dan Han juga menukar gaya rambut baru. Felix kembali dengan rambut hitamnya serta Han kembali dengan rambut birunya selepas 6 tahun. Kedua-dua ahli ini membuatkan peminat mereka sangat gembira kerana warna rambut ini amatlah dirindui.
Gambar Dari: OSEN Korea
Gambar Dari: Newsen Korea
Penari utama kumpulan Stray Kids ini, Hyunjin juga baru mengeluarkan lagu solonya berjudul So Good di dalam album istimewa Stray Kids, HOP. Kesemua ahli Stray Kids mengeluarkan lagu solo masing-masing dalam album istimewa ini.
Pautan Berkaitan: 5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA
HAUS NOWHERE BANGKOK bakal membuat debut meganya di Icon Siam pada 10 Disember 2025 dengan kehadiran Felix dari Stray Kids.
GL PLAYLIST: 10 LAGU STRAY KIDS WAJIB DIDENGARI SEMPENA COMEBACK ‘DO IT’
Stray Kids kembali dengan lagu hentakan terbaharu mereka melalui SKZ IT TAPE ‘DO IT’, sekaligus menghidupkan semula hype global STAY.
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.











