4 ALASAN MENGAPA LELAKI MENOLAK HUBUNGAN SEKS
Dalam kehidupan berumah tangga, tidak dinafikan hubungan seks boleh menambahkan lagi kasih sayang dan kemesraan antara suami isteri.
Kita biasa mendengar sang isteri menolak untuk berhubungan intim atas beberapa sebab. Ini termasuk kurang sihat, keletihan mengurus rumah dan anak-anak, juga ketika berdepan emosi tidak menentu.
Jarang kita mendengar si suami mengatakan ‘tidak’ kepada hubungan kelamin, sehingga muncul perumpamaan, “kucing mana yang menolak ikan?”. Namun ini tidak bermakna lelaki terangsang sentiasa.
Ada beberapa sebab utama mengapa lelaki tidak mahu menjalin hubungan seks. Ini antaranya
1. Buntu Dengan Hal Kerja
Terlalu stres dengan bermacam ragam di tempat kerja boleh membuatkan suami hilang mood untuk melakukan seks dengan isteri. Buat lelaki yang tertekan mengenai hal kerja, fikiran mereka tidak akan berhenti memikirkannya termasuk perkara buruk. Sekali gus mematikan rasa untuk berasmara.
2. Mengalami Depresi Klinikal
Tidak kira tua atau muda, lelaki yang mengalami masalah ini boleh mengakibatkan dirinya menolak untuk melakukan seks dengan isteri. Tekanan klinikal antara penyakit mental yang memberi kesan kepada fizikal seseorang.
3. Tahap Testosterone Rendah
Jika dilihat secara saintifik, lelaki yang hampir mencecah usia 40-an akan mengalami penurunan testosteron dalam tubuh. Jika ini berlaku, lelaki akan mula hilang keinginan untuk berasmara. Namun kadangkala lelaki boleh kehilangan testosteron secara mendadak. Kondisi ini boleh dikaitkan dengan andropaus yang juga boleh mengakibatkan kurang tenaga, mudah tertekan dan hilang nafsu seks.
4. Terlalu Penat
Ada masanya apabila suami mengatakan dia terlalu penat, itu menandakan dia tidak mahu melakukan hubungan seks. Jangan mudah berkecil hati apabila suami mengatakannya kerana ada lojiknya dia tidak mempunyai tenaga apabila penat pulang dari kerja.
Foto: Gpointstudio/Freepik
Pautan berkaitan: TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.