Skip to content

PERKEMBANGAN TERKINI ADI PUTRA SELEPAS DIUJI DENGAN MASALAH KESIHATAN

PERKEMBANGAN TERKINI ADI PUTRA SELEPAS DIUJI DENGAN MASALAH KESIHATAN

Kongsikan artikel ini

Umum mengetahui aktor kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan batu karang pada akhir Disember lalu.

Kini selepas sebulan, pelakon Mat Kilau itu mendedahkan dia masih dalam proses pemulihan dan bergantung pada ubat-ubatan. Doktor memaklumkan jangkitan tersebut memerlukan tempoh beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya.

“Seperti dijangka, kuman pada paru-paru mengambil masa sebulan atau lebih untuk sembuh. Sekarang pun saya masih mengambil ubat atas nasihat doktor,” ujarnya.

“Bergantung kepada ubat pun salah satu usaha tetapi selebihnya saya bertawakal kepada Allah. Saya memohon doa agar urusan saya dipermudahkan kerana semuanya datang daripada-Nya,” katanya.

Adi Putra jangkitan kuman, penyakit adi putra

Foto: Kosmo

Bagi memastikan proses penyembuhan berjalan lancar, Adi berkata dia mendapatkan rehat secukupnya dan menjaga kebersihan diri.

Datuk Adi Putra Enggan Kecewakan Peminat

Dedikasi pelakon berusia 44 tahun ini terhadap kerjaya lakonannya tidak boleh disangkal. Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Adi terus ke lokasi penggambaran untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Jelasnya, dia tidak mahu menghampakan peminat dengan alasan masalah kesihatan. Dia nekad untuk bekerja seperti biasa kerana tidak gemar menunda tugas yang diamanahkan kepadanya.

“Sepanjang 21 tahun berkarya, Insya-Allah saya tidak akan menghampakan peminat. Selepas dibenarkan pulang, saya terus ke lokasi penggambaran sebab tidak mahu tangguhkan kerja apatah lagi ia membabitkan kru dan pelakon lain. Bila kita bekerja, kita kerja berpasukan,” katanya.

Adi Putra

Foto: Instagram

Adi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 20 Disember selepas tubuhnya tiba-tiba lemah ketika berada di lokasi penggambaran drama Sekam Di Dada. Isterinya, Datin Aida Yusof memaklumkan pelakon itu jatuh sakit kerana tidak mendapat rehat yang mencukupi.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: “SIAPA SANGKA SIFAT BARAN SAYA RUPANYA BERPUNCA DARI…” – CAPRICE SAHKAN DIRINYA MENGHIDAP PENYAKIT

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

rancangan ogos 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023

Bacaan Lanjut
AKTIF BERLAKON DAN MENGACARA, INI SISI BERGAYA AIMAN WYNNE

AKTIF BERLAKON DAN MENGACARA, INI SISI BERGAYA AIMAN WYNNE

Bacaan Lanjut

10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022

Bacaan Lanjut