FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA FEBRUARI 2025
Tahun 2024 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat lagi menghiburkan.
Naskah yang ditayangkan di layar perak tahun lalu meriah dan pelbagai dengan genre yang menepati cita rasa semua lapisan penonton. Namun jangan gusar kerana tahun ini juga tidak kurang hebatnya.
Bulan lalu penonton telah disajikan dengan pelbagai filem hebat dari dalam dan luar negara seperti Harbin, Companion, Wolf Man dan Soloz Game of Life.
Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada Februari ini
1. Limbungan
Tarikh tayangan: 6 Februari
Pelakon: Kodi Rasheed, Amerul Affendi, Cat Farish, d’ Boy Hamdan, Chacha Maembong
Sinopsis: Pada 1975, Ramli dan Malik memulakan perjalanan ke Kampung Limbungan untuk mengambil alih satu projek terbengkalai. Malangnya mereka diserang harimau jadian yang menakutkan sehingga memaksa mereka bergelut untuk terus hidup.
2. Love Hurts
Tarikh tayangan: 6 Februari
Pelakon: Ke Huy Quan, Ariana DeBose, Daniel Wu, Mustafa Shakir, Rhys Darby
Sinopsis: Seorang ejen hartanah cuba menyembunyikan kehidupan lalunya sebagai pembunuh upahan. Segalanya berubah apabila dia menerima sekeping sampul surat merah daripada bekas rakan jenayah yang disangkanya telah mati.
3. The Bayou
Tarikh tayangan: 6 Februari
Pelakon: Elisha Applebaum, Madalena Aragão, David Newman
Sinopsis: Satu percutian indah bertukar tragedi apabila Kyle dan rakan-rakannya terlibat dalam nahas kapal terbang di kawasan terpencil Louisiana. Tanpa disangka ada bahaya yang lebih besar menanti mereka di celah-celah semak.
4. Dajal: Satu Malam Di Pedajal
Tarikh tayangan: 6 Februari
Pelakon: Amir Nafis, Jay Iswazir, Bidin Alzaifa, Syed Shah Iqmal, Khatijah Tan
Sinopsis: Dua pekerja pembersihan terperangkap secara mistik dalam sebuah banglo apabila salah seorang daripada mereka membaca sebuah buku ritual lama semasa menjalankan tugas.
5. Bring Them Down
Tarikh tayangan: 7 Februari
Pelakon: Christopher Abbott, Barry Keoghan
Sinopsis: Michael, anak kepada keluarga gembala dari Ireland menjalani kehidupan terpencil selepas kematian ibunya. Keadaan berubah secara drastik apabila konflik antara Michael dan petani lain yang juga pesaingnya memuncak.
6. Bridget Jones: Mad About the Boy
Tarikh tayangan: 12 Februari
Pelakon: Renée Zellweger, Leo Woodall, Hugh Grant, Colin Firth, Emma Thompson
Sinopsis: Bridget Jones akhirnya mendapat tuah dalam hidupnya. Dia kini mempunyai kerjaya hebat sebagai penulis skrip, juga teman lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Namun siapa sangka ia mula mencetuskan masalah.
7. Strike: Silat Cult Master
Tarikh tayangan: 13 Februari
Pelakon: Aiman Ameer, Azri Safix, Muhammad Lokman, Jay Iswasir
Sinopsis: Izra melarikan diri daripada Abil, ketua kumpulan samseng yang membunuh ibunya. Dia bernasib baik apabila diselamatkan oleh Tok Rahmat yang akhirnya menjadi guru silatnya. Setelah dewasa, Izra memburu Abil untuk membalas dendam atas kematian ibunya.
8. Dark Nuns
Tarikh tayangan: 13 Februari
Pelakon: TSong Hye-kyo, Jeon Yeo-been, Lee Jin-uk, Moon Woo-jin, Huh Joon-ho
Sinopsis: Untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang dirasuk roh jahat, Sister Giunia sanggup berdepan bahaya yang tidak dapat diramal, termasuk melakukan ritual eksorsisme yang dilarang.
9. Captain America: Brave New World
Tarikh tayangan: 14 Februari
Pelakon: Anthony Mackie, Harrison Ford, Liv Tyler, Tim Blake Nelson, Danny Ramirez
Sinopsis: Sam Wilson terlibat dalam insiden antarabangsa selepas bertemu Presiden Thaddeus Ross. Dia perlu menyelidik punca di sebalik plot global jahat sebelum dalang sebenar membuat seluruh dunia menjadi huru hara.
10. The Monkey
Tarikh tayangan: 21 Februari
Pelakon: Theo James, Elijah Wood, Tatiana Maslany, Rohan Campbell, Oz Perkins
Sinopsis: Apabila pasangan kembar Bill dan Hal menemui mainan monyet lama bapa mereka di loteng, satu siri kematian bermula. Adik-beradik itu memutuskan untuk membuang mainan tersebut dan meneruskan kehidupan, tanpa menyedari hubungan mereka menjadi renggang tahun demi tahun.
11. Nosferatu
Tarikh tayangan: 27 Februari
Pelakon: Willem Dafoe, Aaron Taylor-Johnson, Bill Skarsgård, Nicholas Hoult, Emma Corrin, Ralph Ineson, Lily-Rose Depp
Sinopsis: Obsesi seekor puntianak terhadap seorang wanita yang dirasuk mencetuskan kisah gothik ngeri yang tidak dapat dibayangkan.
12. 1 Imam 2 Makmum
Tarikh tayangan: 27 Februari
Pelakon: Amanda Manopo, Fedi Nuril, Revalina S. Temat
Sinopsis: Anika cuba membuatkan suaminya Arman jatuh cinta terhadapnya, namun Arman masih belum mampu melupakan arwah isterinya. Mampukah Anika bertahan dan bersaing dengan wanita yang tidak lagi wujud di alam nyata?
Pautan berkaitan: 10 FILEM TERBAIK TOM CRUISE MENURUT ROTTEN TOMATOES
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STAIL BINTANG BRIDGET JONES: MAD ABOUT THE BOY DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Tinjau penampilan pelakon Bridget Jones: Mad About The Boy di acara karpet merah yang berlangsung di Paris.
30 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2025
Tanda kalendar anda kerana 2025 bakal menjadi tahun terhebat buat peminat filem!
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA DISEMBER 2024
Tahun 2024 sudah pun sampai ke penghujungnya namun layar perak kekal rancak dengan barisan filem hebat lagi menghiburkan.
SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD
Chris Evans mungkin sudah menggantung sut adi wiranya, namun Captain America tetap akan kembali dengan watak yang cukup dikenali peminat.
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024
Tahun ini barisan filem menarik dari pelbagai genre akan menemui penonton. Bukan saja naskah baru dan prekuel, tetapi juga sekuel yang telah lama ditunggu-tunggu.