Skip to content

5 PASANGAN HOLLYWOOD YANG MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN PERPISAHAN

5 PASANGAN HOLLYWOOD YANG MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN PERPISAHAN

Kongsikan artikel ini

Baru dua bulan memasuki tahun 2025 namun industri hiburan Hollywood sudah pun dihangatkan dengan berita perceraian dan perpisahan selebriti.

Hubungan percintaan dan ikatan perkahwinan yang dibina selama bertahun-tahun tidak menjanjikan kebahagiaan abadi. Apa saja perkara buruk boleh berlaku, sekali gus memusnahkan hubungan yang dibajai dengan rasa cinta dan kasih sayang.

Berikut barisan artis yang melalui perceraian dan perpisahan pada tahun ini

 

1. Lily Allen & David Harbour

5 PASANGAN HOLLYWOOD YANG MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN PERPISAHAN

Foto: WireImage

Pasangan ini dilaporkan sentiasa bertelagah sepanjang tempoh empat tahun perkahwinan mereka. Ia berakhir dengan perceraian yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pelantun Smile dan pelakon Stranger Thing itu bertemu di aplikasi janji temu Raya sebelum mengumumkan perhubungan mereka pada Januari 2019. Mereka disatukan sebagai suami isteri pada September 2020.

 

2. Shemar Moore & Jesiree Dizon

5 PASANGAN HOLLYWOOD YANG MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN PERPISAHAN

Foto: Getty Images

Lima tahun menjalin hubungan cinta, pasangan ini membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Walaupun telah berpisah, Shemar dan Jesiree berhasrat untuk mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Frankie Melelina Kapule Moore yang kini berusia dua tahun.

 

3. Jamie Foxx & Alyce Huckstepp

5 PASANGAN HOLLYWOOD YANG MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN PERPISAHAN

Foto: Backgrid

Satu sumber terdekat memaklumkan bahawa Jamie dan Alyce tidak lagi bergelar pasangan kekasih. Tarikh perpisahan mereka tidak diketahui secara tepat namun dianggarkan pada awal tahun ini.

Sewaktu tayangan perdana rancangan komedi Jamie berjudul What Had Happened Was, pelakon berusia 58 tahun itu mengatakan dia tidak lagi bercinta dengan wanita berkulit putih. Pasangan itu mula dikaitkan bersama pada Mei 2022.

 

4. Jessica Simpson & Eric Johnson

Foto: Instagram

Selepas sepuluh tahun mendirikan rumah tangga, Jessica mengumumkan dia telah pun bercerai dengan suaminya Eric.

“Saya dan Eric telah lama hidup berasingan dan melayari situasi memeritkan dalam perkahwinan kami. Fokus kami kini adalah untuk memberi yang terbaik buat anak-anak,” katanya.

Pasangan itu menjalin hubungan cinta pada Mei 2010 dan berkahwin empat tahun kemudian. Mereka berkongsi tiga cahaya mata iaitu Maxwell, 12, Ace, 11 dan Birdie, 5.

 

5. Brandon Routh & Courtney Ford

Foto: Getty Images

Aktres Supernatural ini menfailkan perceraian terhadap Brandon selepas 17 tahun, sekali gus mengejutkan peminat. Alasan yang diberikan adalah ‘tiada persefahaman’.

Cortney turut memohon hak penjagaan bersama terhadap anak lelaki mereka, Leo yang berusia 12 tahun. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 2007.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: JENNIFER LOPEZ BERKONGSI HIKMAH PERCERAIAN DENGAN BEN AFFLECK

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

Bacaan Lanjut
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

Bacaan Lanjut
KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER

KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER

Bacaan Lanjut
DUA TAHUN BERPISAH DENGAN HARRY STYLES, OLIVIA WILDE TAYANG KEKASIH BARU

DUA TAHUN BERPISAH DENGAN HARRY STYLES, OLIVIA WILDE TAYANG KEKASIH BARU

Bacaan Lanjut
JUSTIN BIEBER BERI PETUNJUK RUMAH TANGGA DILANDA BADAI?

JUSTIN BIEBER BERI PETUNJUK RUMAH TANGGA DILANDA BADAI?

Bacaan Lanjut
PERCINTAAN AUSTIN BUTLER & KAIA GERBER TERLERAI SELEPAS TIGA TAHUN

PERCINTAAN AUSTIN BUTLER & KAIA GERBER TERLERAI SELEPAS TIGA TAHUN

Bacaan Lanjut