JAY ISKANDAR, ANAK MUDA PENUH BAKAT DIGILAI RAMAI
Finalis termuda Hero Remaja, Jay Iskandar memilik stail fesyen yang tersendiri dengan bakat yang luar biasa. Selain dari bidang lakonan dan peragaan, Jay juga giat bersukan dan mempunyai beberapa pencapaian dalam bidang sukan. GLAM Lelaki sempat berbual dengan pemenang Best Chemistry Duo Hero Dewi Remaja 2023 ini.
1. Apa update terkini mengenai kehidupan Jay? Masih belajar atau sudah tamat pelajaran?
I’ve put law school on pause, tetapi ia belum berakhir—saya akan kembali apabila masanya sesuai. Buat masa ini, saya sedang membina kerjaya dan mengumpul pengalaman dunia sebenar melalui kempen sebelum menyambung semula pelajaran.
2. Bagaimana perjalanan Jay Iskandar ke dalam industri seni?
Saya memang meminati sukan seperti berenang, bola tampar, malah pernah bercita-cita menjadi atlet. Kemudian, saya bermulaa dalam dunia peragaan for fun. Suatu hari, saya menemani rakan ke uji bakat Hero Remaja, dan entah bagaimana, saya sendiri sertai pertandingan itu. Hidup memang penuh kejutan.
3. Sebagai individu yang masih muda di dalam industri, siapakah idola Jay dalam industri?
Untuk artis tempatan, Beto Kusyairy. Dedikasi dan cintanya terhadap falsafah memberi saya inspirasi untuk berkembang dalam bidang saya. Bagi idola antarabangsa, Leonardo DiCaprio. Kedalaman dan komitmennya terhadap lakonan banyak mengajar saya.
4. Bagaimana Jay sentiasa updated dengan trend fesyen terkini?
Gaya saya santa ringkas—clean, selesa, dan effortless. Tiada aksesori yang berlebihan, hanya rupa yang kemas untuk apa jua situasi. Saya mengagumi estetika Korea yang sleek dan stylish. Lagipun, mereka sentiasa nampak tinggi… sesuai dengan saya sebab, ya, saya memang tinggi. Mungkin saya dah separuh jalan ke arah itu? Haha.
5. Bagaimana Jay describe diri sendiri?
Saya dibesarkan untuk mementingkan kejujuran, walaupun kadangkala sukar. Membesar dalam persekitaran orang yang berterus terang turut membentuk saya. Jika saya mahukan sesuatu, saya akan berusaha mendapatkannya—tanpa jalan pintas, tanpa alasan.
6. Dimanakah Jay lihat diri sendiri 5 tahun akan datang?
Matlamat saya adalah untuk berkembang sebagai seorang pelakon di Malaysia dan membanggakan keluarga saya. Suatu hari nanti, saya akan menoleh ke belakang dan berasa bangga dengan sejauh mana saya telah melangkah, InshaAllah.
Pautan Berkaitan: 5 PESERTA DARI MALAYSIA BERTANDING DI CHUANG ASIA 2
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI
Dalam lanskap industri hiburan Malaysia yang sentiasa berkembang, nama Isa Khan muncul sebagai simbol bakat dan dedikasi.
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”
Bidaah bukan sekadar drama, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam dan Fattah Amin adalah bintang yang menerangi kisah ini.
MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN
Dalam landskap hiburan Malaysia yang dipenuhi dengan bakat luar biasa, Meerqeen muncul sebagai pelakon muda paling bersinar dalam industri.