Skip to content

PERKEMBANGAN TERKINI ZAMARUL HISHAM SELEPAS MENGALAMI SESAK NAFAS

PERKEMBANGAN TERKINI ZAMARUL HISHAM SELEPAS MENGALAMI SESAK NAFAS

Kongsikan artikel ini

Umum mengetahui pelakon Zamarul Hisham mengalami kesukaran bernafas sewaktu menjalani penggambaran di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dek kejadian itu, dia masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Port Dickson sebelum dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya untuk rawatan lanjut.

Kini selepas seminggu dirawat di ICU, Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Unit Dependensi Tinggi (HDU), tahap kesihatannya kembali stabil dan Zamarul telah pun dipindahkan ke wad biasa.

Khabar itu dikongsikan isterinya iaitu pelakon Diana Rafar, yang turut meluahkan rasa bersyukur dengan keadaan terkini suaminya.

Zamarul hisham

Foto: Instagram

“Alhamdulillah, suami sudah dipindahkan ke wad biasa. Dia sudah mendapatkan rawatan lengkap di ICU, CCU dan HDU, sekarang perlu melalui rawatan susulan di wad biasa.

“Anak-anak pun baru dapat jumpa suami hari ini sebab tak boleh masuk ke ICU. Jadi, mereka baru dapat jumpa, ia berkat doa orang ramai,” katanya.

Punca Insiden Yang Menimpa Zamarul Hisham

Selepas menjalani beberapa pemeriksaan rapi, doktor mengesahkan bahawa sesak nafas yang dialami bintang Langit Ke Tujuh itu berpunca daripada serangan jantung. Menurut Diana, Zamarul telah pun selamat menjalani prosedur angiogram pada 7 Februari lalu.

“Memang ada keajaiban sebab doktor kata suami okey, tak kritikal dan hanya mengalami serangan jantung ringan. Sekarang, suami dapat berehat seketika sebelum meneruskan penggambaran yang tergendala,” tambahnya.

Zamarul hisham sesak nafas

Foto: Instagram

Zamarul dikejarkan ke hospital sekitar jam dua pagi sewaktu menjalani penggambaran pada 6 Februari lalu. Dilaporkan sewaktu kejadian, drama yang turut dibintangi Elly Mazlein itu hanya berbaki tiga hingga lima babak lagi.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: PERKEMBANGAN TERKINI ADI PUTRA SELEPAS DIUJI DENGAN MASALAH KESIHATAN