ABANG ADIK RAIH SATU LAGI PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN
Filem Abang Adik terus melakar kejayaan di pentas perfileman antarabangsa.
Baru-baru ini naskah yang berkisar tentang pengorbanan adik-beradik itu mencipta rekod apabila menjadi filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records.
Pengiktirafan itu diberikan selepas ia merangkul anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak. ASEAN Records adalah institusi penyimpanan rekod yang memberi fokus terhadap kejayaan dan pencapaian di seluruh rantau ASEAN.

Foto: Instagram
Sejak ditayangkan dua tahun lalu, filem arahan Jin Ong itu telah pun merangkul 28 anugerah antarabangsa serta 69 pencalonan pada pelbagai festival filem antarabangsa.
Ia turut meraih kutipan sebanyak RM5.7 juta di Malaysia, HKD2.8 juta di Hong Kong, TWD100 juta di Taiwan dan RMB3 juta di China. Ini sekali gus membuktikan popularitinya yang meluas.
“Sejak Disember 2023, Abang Adik telah ditayangkan di Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Macau, Singapura, Itali, Thailand dan China.
“Pada Januari 2025, pengarah Jin Ong dan pasukan kreatif filem ini membawa Abang Adik ke layar perak di Jepun dan kini mereka menerima satu lagi penghormatan luar biasa,” menurut FINAS.
Jin Ong Berbangga Dengan Pencapaian Abang Adik
Menurut sutradara berusia 50 tahun itu, kejayaan yang diraih menerusi Abang Adik adalah kerja berpasukan dan bukan sekadar pencapaian peribadi.
“Ini adalah satu pencapaian yang sangat penting, termasuk pelakon dan seluruh kru produksi. Projek ini sudah berlangsung selama dua tahun dan dipersembahkan di banyak festival.
“Saya sangat berbangga kerana akhirnya ia menjadi sebuah penamat yang sempurna setakat ini,” katanya menurut Harian Metro.
Filem lakonan Wu Kang Ren dan Jack Tan itu kini sedang ditayangkan di Jepun dan mendapat maklum positif daripada penonton di sana.
Foto: Netflix
Pautan berkaitan: ABANG ADIK RANGKUL TROFI FILEM TERBAIK DI ASIAN WORLD FILM FESTIVAL 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM ABANG ADIK WAKILI MALAYSIA KE OSCAR 2025
Naskah arahan Jin Ong ini melakar sejarah apabila dipilih mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi ke-97 yang bakal berlangsung pada Mac 2025.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024
Dari filem buatan Malaysia berjudul “Abang Adik” kepada siri Joko Anwar’s Nightmares and Daydreams” yang menakutkan, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Jun 2024.