TUKAR LIRIK DI AJL31: PENJELASAN AIMAN TINO
Semalam berlangsungnya Anugerah Juara Lagu yang ke-31 yang penuh gilang-gemilang di mana kali ini, lagu dendangan Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai juara. Selain Dayang dan pemenang lain, yang bikin tular dan trending adalah Aiman Tino.
Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah pada malam tersebut, namun apa yang menariknya adalah nyayian Aiman yang dikhabarkan terpaksa menukar lirik di saat-saat akhir. Ramai yang terkesima dan ternyata inginkan penjelasan. Berikut adalah penjelasan Aiman Tino berhubung dakwaan terpaksa menukar lirik di saat akhir:
““Sejak viral tentang lirik lagu Ku Rela Dibenci yang dikatakan membawa unsur negatif tentang kematian, produksi AJL31 mohon ia ditukar dan saya telah menggantikan bahagian lirik dikatakan tersebut.
“Apapun itu bukan alasan menjejaskan tumpuan saya memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti sebaliknya ia bakal menjadi kejutan buat peminat yang masih berteka-teki lirik yang akan diganti.
“Rasanya kalau diamati banyak lagi lirik membawa mesej kematian dalam lagu penyanyi lain sebelum ini tetapi kenapa tiba giliran saya ia menjadi isu?
“Bagaimanapun, saya cuba melihat dari sudut positif kerana mungkin ini antara petanda lagu Ku Rela Dibenci mendapat perhatian ramai.”
(Sumber: CiteHeboh.com)
Saksikan persembahan Aiman Tino semalam di AJL31 melalui pautan dibawah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.












