Skip to content

DALAM KENANGAN: TONTON 5 DRAMA & FILEM TERBAIK KIM SAE RON

DALAM KENANGAN: TONTON 5 DRAMA & FILEM HEBAT LAKONAN KIM SAE RON

Kongsikan artikel ini

Tanggal 16 Februari menjadi detik duka buat industri hiburan Korea Selatan dan peminat di seluruh dunia apabila aktres Kim Sae Ron ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

Menurut laporan, bintang berusia 25 tahun itu meragut nyawanya sendiri selepas hidup dalam tekanan berpanjangan. Mayatnya ditemui di kediamannya di Seoul oleh rakan baiknya.

Menceburi industri hiburan seawal usia sembilan tahun, populariti Kim Sae Ron mencanak sehingga dikenali sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak paling terkenal di Korea Selatan.

Namanya terus menjadi sebutan selepas membintangi beberapa drama dan filem yang mempamerkan bakat lakonannya yang cemerlang. Walaupun meninggal dunia pada usia muda, legasinya akan terus diingati oleh para peminatnya di seluruh dunia.

Sempena memperingati Kim Sae Ron, tonton lima siri terbaik lakonannya menurut IMDb

 

5. Leverage (2019)

Skor IMDb: 7.5

Turut dibintangi oleh: Kim Kwon, Yeo Hoe Hyun, Jeon Hye Bin, Lee Dong Gun, Choi Ja Hye

Sinopsis: Lee Taejon merupakan penyiasat penipuan insurans yang sangat cekap. Namun selepas satu insiden yang meragut nyawa anaknya, dia meletakkan jawatan dan mula merekrut beberapa penjenayah terkenal untuk menubuhkan satu pasukan penipuan elit.

 

4. The Man From Nowhere (2010)

The Man from Nowhere (2010) - IMDb

Skor IMDb: 7.7

Turut dibintangi oleh: Won Bin, Kim Tae Hoon, Kim Sung Oh, Kim Hae Won, Thanayong Wongtrakul

Sinopsis: Tae Sik Cha, seorang bekas perisik rahsia terlibat dalam sindiket dadah tanpa sengaja. Kini dia perlu menyelamatkan anak perempuan pasangan penyeludup dadah daripada menjadi mangsa kerasukan dan ketamakan ibu bapanya.

 

3. Nobody Knows (2020)

Nobody Knows (TV Series 2020) - IMDb

Skor IMDb: 7.8

Turut dibintangi oleh: Ryu Deok Hwan, Kim Seo Hyung, Ahn Ji Ho, Park Hoon, Yoon Jaeyong

Sinopsis: Masih dihantui kematian rakannya yang dibunuh 19 tahun lalu oleh pembunuh bersiri Stigmata yang terkenal, detektif Cha Young Jin bertekad untuk menangkap pelakunya.

 

2. Bloodhound (2023)

Skor IMDb: 8.1

Turut dibintangi oleh: Woo Do Hwan, Lee Sang Yi, Lee Hae Young, Choi Si Won, Huh Joon Ho

Sinopsis: Dua peninju muda bergabung tenaga dengan pemberi pinjaman wang untuk mengalahkan seorang ceti haram kejam yang cuba memancing mangsa.

 

1. Heaven’s Garden (2011)

Skor IMDb: 8.3

Turut dibintangi oleh: Choi Bul Am, Yoo Ho Jeong, Kim Ho Jin, Ahn Seo Hyun, Sa Kang

Sinopsis: Jung Jae In menjual harta bendanya untuk menjamin suaminya, Tae Sub keluar dari penjara. Bagaimanapun dunianya hancur apabila mengetahui Tae Sub menghilangkan diri bersama wanita lain. Kini dia perlu membesarkan seorang anak tiri dan seorang anak kandungnya tanpa sokongan keluarga.

 

Foto: X

Pautan berkaitan: DALAM KENANGAN: TONTON 5 DRAMA TERBAIK LAKONAN BARBIE HSU