Skip to content

TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

Kongsikan artikel ini

Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan tidak dijangka selepas Tom Cruise dan Ana de Armas dirakam meluangkan masa bersama di London.

Menerusi foto yang tular di media sosial, pasangan itu dilihat menikmati makan malam di sebuah restoran mewah. Menurut laporan Daily Mail, foto tersebut dirakam pada Hari Kekasih, 14 Februari lalu.

Kemunculan pasangan itu menarik perhatian orang ramai yang mengerumuni mereka untuk merakam gambar. Tom dan Ana juga tidak lokek meluangkan masa bersembang santai bersama peminat.

Bintang berusia 62 tahun dan 36 tahun itu tampil kasual untuk janji temu mereka. Tom menggayakan kemeja polo rona kelabu bersama sut biru kelasi. Ana pula kelihatan bersahaja dalam celana denim biru dan blazer hitam. Sepatu rona emas menyerikan penampilannya.

Pasangan itu keluar dari restoran dengan beberapa bungkusan makanan sebelum meninggalkan lokasi itu bersama menaiki teksi.

Sejarah Percintaan Tom Cruise & Ana de Armas

Spekulasi percintaan antara dua bintang terkenal Hollywood ini ternyata memberi kejutan besar kepada peminat. Apa tidaknya, pada Disember 2023 Tom dilaporkan menjalin hubungan dengan sosialit Rusia bernama Elsina Khayrova.

Bagaimanapun sumber mendedahkan pada Februari 2024 bahawa pelakon Mission: Impossible itu menjarakkan hubungan mereka kerana bimbang ia menjadi serius dalam masa singkat.

Foto: Instagram

“Tom belum bersedia untuk bercinta secara serius. Dia hanya mahu menjalin hubungan santai kerana masih terbeban dengan beberapa bekas pasangannya sebelum ini,” kata sumber.

Selepas perpisahan itu, muncul khabar angin mengatakan Tom bercinta dengan penyanyi Sepanyol, Victoria Canal. Mereka dilaporkan bertemu di festival muzik Glastonbury di Somerset, England sekitar Jun 2024.

Ana pula dikhabarkan menjalin hubungan romantis dengan Manuel Anido Cuesta, anak tiri Presiden Cuba Díaz-Canel pada Disember lalu. Tidak dapat dipastikan bilakah mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Ana de Armas tom cruise bercinta

Foto: GTres/SplashNews.com

 

Foto: The Cut

Pautan berkaitan: ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

Bacaan Lanjut
KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER

KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER

Bacaan Lanjut
5 PASANGAN HOLLYWOOD YANG MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN PERPISAHAN

5 PASANGAN HOLLYWOOD YANG MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN PERPISAHAN

Bacaan Lanjut
DUA TAHUN BERPISAH DENGAN HARRY STYLES, OLIVIA WILDE TAYANG KEKASIH BARU

DUA TAHUN BERPISAH DENGAN HARRY STYLES, OLIVIA WILDE TAYANG KEKASIH BARU

Bacaan Lanjut
JUSTIN BIEBER BERI PETUNJUK RUMAH TANGGA DILANDA BADAI?

JUSTIN BIEBER BERI PETUNJUK RUMAH TANGGA DILANDA BADAI?

Bacaan Lanjut
PERCINTAAN AUSTIN BUTLER & KAIA GERBER TERLERAI SELEPAS TIGA TAHUN

PERCINTAAN AUSTIN BUTLER & KAIA GERBER TERLERAI SELEPAS TIGA TAHUN

Bacaan Lanjut