INKLUSIF EKSKLUSIF JAM BUAT JEJAKA
OMEGA SPEEDMASTER GREY SIDE OF THE MOON
Omega Speedmaster Grey Side of The Moon (GSOTM) tergolong di kalangan jam tangan ikonik yang terdiri daripada case seramik kelabu dan 18k bezel emas Sedna. Ciri yang paling nyata pada jam ini adalah dail meteorit dengan beberapa potong serpihan Gibeon yang dijumpai di Namibia. Terkenal dengan pembentukan kristal nikel-besi, meteorit ini didambakan oleh pembuat barang kemas seluruh dunia. Menggunakan pergerakan Meteorite Co-Axial Kalibre 9300 ia berdiameter 44.25mm dengan tinggi 16.14mm dan rizab kuasa 60 jam telah menarik perhatian para peminat Omega.
JAZZMASTER FACE 2 FACE II
Model kalis air hingga 5 bar ini ditafsirkan dalam jam tangan Hamilton serba baru. Masih mengekalkan pendekatan berani dengan mengetengahkan saiz case besar iaitu 52mm. Dengan case yang boleh diputarkan 180 darjah, satu muka terdapat dail multi-aras dalam luminous, warna kelabu perak dengan cakera telus pada posisi 9. Pada muka sebelah lagi pula, cincin rangka lebih teknikal dengan pergerakan antrasit diserlahkan dalam alter egonya. Dilengkapi rizab kuasa 60 jam, kaunter minit 30 dan kaunter kronograf 12 jam serta tetingkap tarikh-hari pada pukul 3.
BREITLING BENTLEY B06 MIDNIGHT CARBON
Model ini dikenali dengan pembuatannya yang eksklusif iaitu sistem “Kronograf 30 saat”. Lagi diserlahkan dalam blackclad edisi terhad kepada 500 utas. Dail memaparkan satu lagi ciri eksklusif dalam instrumennya iaitu tachymeter berubah-ubah, sistem ini memastikan operasi yang jauh lebih unggul daripada tachymeter konvensional. Jam tangan istimewa ini boleh didapati dalam warna hitam.
Oleh Sufian Sapari, 23 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.













