FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA MAC 2025
Tahun 2024 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat lagi menghiburkan.
Naskah yang ditayangkan di layar perak tahun lalu meriah dan pelbagai dengan genre yang menepati cita rasa semua lapisan penonton. Namun jangan gusar kerana tahun ini juga tidak kurang hebatnya.
Bulan lalu penonton telah disajikan dengan pelbagai filem hebat dari dalam dan luar negara seperti Limbungan, Love Hurts dan Dark Nuns. Tidak lupa juga sekuel yang dinantikan peminat, Bridget Jones: Mad About The Boy.
Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada Mac ini
1. MICKEY 17 (6 MAC)
Pelakon: Robert Pattinson, Naomi Ackie, Steven Yeun, Toni Collette, Mark Ruffalo
Sinopsis: Mickey Barnes, seorang pekerja ‘pakai buang’ yang menjajah planet ais pada asasnya perlu mati untuk terus hidup. Namun selepas dia mati, jasadnya diklon dan ingatannya dipindahkan ke tubuh baru.
2. IN THE LOST LANDS (6 MAC)
Pelakon: Milla Jovovich, Dave Bautista, Arly Jover, Simon Loof
Sinopsis: Seorang ahli sihir mengembara ke Lost Lands untuk mencari kuasa ajaib yang membolehkan seseorang bertukar menjadi serigala jadian.
3. BAYANG-BAYANG ANAK JAHANAM (6 MAC)
Pelakon: Ali Fikry, Taskya Namya, Rizky Hanggono, Ruth Marini, Yayu A.W. Unru
Sinopsis: Gina yang sedang hamil anak kedua mendapat tahu kandungannya amat berisiko. Demi menyelamatkan anaknya, dia menyertai satu ritual misteri di tengah hutan. Namun selepas lahir barulah dia mengetahui bayinya yang diberi nama Agni bukanlah anak biasa tetapi anak syaitan.
4. NOVOCAINE (14 MAC)
Pelakon: Amber Midthunder, Jack Quaid, Ray Nicholson, Jacob Batalon, Evan Hengst
Sinopsis: Seorang lelaki introvert dilahirkan dengan kecelaruan genetik jarang berlaku yang menyebabkan dia tidak mampu menahan rasa sakit. Namun apabila kekasih barunya dijadikan tebusan dalam satu rompakan bank, kekurangannya itu menjadi kuasa terbesarnya.
5. BLACK BAG (14 MAC)
Pelakon: Michael Fassbender, Cate Blanchett, Regé-Jean Page, Pierce Brosnan, Marisa Abela
Sinopsis: Sepasang suami isteri, George dan Kathryn bekerja sebagai perisik rahsia. Apabila Kathryn disyaki melakukan jenayah, George perlu memilih sama ada untuk menyelamatkan rumah tangga atau negaranya.
6. CASH OUT 2: HIGH ROLLERS (14 MAC)
Pelakon: John Travolta, Gina Gershon, Kelly Greyson, Lukas Haas
Sinopsis: Dalang penjenayah Mason mengumpulkan kru baru untuk melakukan satu rompakan kasino. Dia perlu menewaskan Interpol dan pengkhianat dalam pasukannya, pada masa sama mengharungi gangguan psikologi akibat pilihan yang dibuatnya.
7. LOCKED (20 MAC)
Pelakon: Bill Skarsgård, Anthony Hopkins, Ashley Cartwright
Sinopsis: Apabila Eddie memecah masuk ke dalam sebuah SUV mewah, dia terjerumus ke dalam perangkap maut yang dipasang seseorang yang mengaku dirinya vigilante. Terperangkap di dalam kereta, Eddie mula menyedari peluangnya untuk melepaskan diri ibarat satu ilusi.
8. THE ALTO KNIGHTS (21 MAC)
Pelakon: Robert De Niro, Cosmo Jarvis, Debra Messing
Sinopsis: Warga Itali-Amerika, Vito Genovese dan Frank Costello merupakan ketua kepada dua keluarga jenayah berasingan pada pertengahan abad ke-20. Setelah Frank bersara, Vito mula membuat rancangan untuk memunuh Frank pada tahun 1957.
9. A WORKING MAN (27 MAC)
Pelakon: Jason Statham, Jason Flemyng, Merab Ninidze
Sinopsis: Levon Cade, seorang pekerja binaan dengan latar belakang tentera memulakan misi untuk menyelamatkan anak perempuan majikannya yang diculik. Tanpa disedari Levon mendedahkan operasi pemerdagangan manusia yang jauh lebih besar daripada apa yang dia bayangkan.
10. THE WOMAN IN THE YARD (27 MAC)
Pelakon: Okwui Okpokwasili, Danielle Deadwyler, Russell Hornsby , Peyton Jackson
Sinopsis: Ramona patah sebelah sayap selepas kematian suaminya akibat kemalangan. Kini dia hidup bersama dua anaknya di rumah ladang di luar bandar. Kehidupannya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas seorang wanita berbaju hitam muncul di halaman rumahnya sambil memberi amaran, ‘Harinya telah tiba’.
Pautan berkaitan: 10 FILEM IKONIK LAKONAN RYAN GOSLING
Tags
Artikel Yang Berkaitan
30 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2025
Tanda kalendar anda kerana 2025 bakal menjadi tahun terhebat buat peminat filem!
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA JANUARI 2025
Tahun 2025 baru menjelma namun layar perak sudah pun rancak dengan sajian filem hebat lagi menghiburkan.
JEREMY RENNER & MILA KUNIS SERTAI BARISAN PELAKON KNIVES OUT 3
Susulan kejayaan dua filem pertama, sekuel Wake Up Dead Man: A Knives Out Mystery dijangka menemui penonton tidak lama lagi.