SELAMAT TINGGAL ZOE KRAVITZ! CHANNING TATUM TAYANG KEKASIH BARU
Baru empat bulan putus tunang dengan Zoe Kravitz, Channing Tatum dilaporkan sudah pun menemui cinta baru.
Wanita yang dimaksudkan adalah Inka Williams, seorang model yang berasal dari Australia. Mereka membuat kemunculan awam pertama sebagai pasangan kekasih sewaktu menghadiri parti pra-Oscar 2025 pada 1 Mac lalu.
Menerusi foto yang tular di media sosial, Channing dilihat menggayakan jaket berkolar rona beige yang dipadankan bersama kemeja-T hitam dan celana sepadan. Model berusia 25 tahun itu pula anggun dalam gaun tanpa tali berwana hitam.

Foto: Just Jared
Sejarah Perhubungan Channing Tatum
Sebelum bercinta dengan Inka, aktor The Lost City itu menjalin hubungan yang lama dengan aktres dan pengarah Zoe Kravitz.
Pasangan itu dikaitkan buat kali pertama pada musim panas 2021 setelah beberapa kali dirakam bersama di New York City. Mereka bertemu di set penggambaran filem sulung arahan Zoe, Blink Twice yang turut dibintangi Channing.
Kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada Oktober 2023. Zoe sempat menayang cincin berlian tujuh karat miliknya sewaktu menyambut Halloween pada tahun sama.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(759x446:761x448):format(webp)/Channing-Tatum-Zoe-Kravitz-030125-532012c7b67d4a189d4a7b29edfd3f31.jpg)
Foto: WireImage
Perhubungan pasangan in dilihat erat pada musim panas kala lawatan akhbar dan tayangan perdana Blink Twice di Los Angeles pada Ogos 2024. Dua bulan kemudian, berita perpisahan mereka tular di media sosial namun puncanya tidak didedahkan kepada umum.
Aktor Fly Me To The Moon itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Jenna Dewan dari tahun 2009 hingga 2019. Mereka sah bercerai pada bulan September 2024 selepas enam tahun membawa haluan masing-masing.
Foto: PGP/Backgrid
Pautan berkaitan: DALAM DIAM ANDREW GARFIELD KEMBALI BERCINTA LAGI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERCINTAAN CHANNING TATUM & ZOE KRAVITZ PUTUS DI TENGAH JALAN
Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, Channing Tatum dan Zoe Kravitz membuat keputusan membawa haluan masing-masing.
CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG
Percintaan pelakon dan pengarah Pussy Island, Channing Tatum dan Zoe Kravitz nampaknya bakal berakhir di jenjang pelamin.
DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT
Baru-baru ini tular berita bahawa Taylor Swift bakal membuat kemunculan dalam filem adi wira Deadpool 3. Ketahui watak yang bakal dimainkannya.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2023
Dari filem “Extraction 2” lakonan Chris Hemsworth kepada siri hangat terbaharu “The Idol” lakonan The Weeknd dan Lily-Rose Depp, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan ‘must watch’ sepanjang Jun 2023.
SEGAK BERGAYA, NAMUN PENAMPILAN CHANNING TATUM DI MET GALA 2021 DIPERTIKAI
Acara berprestij, Met Gala 2021 yang berlangsung gemilang menyaksikan penampilan para jemputan dalam persalinan bertemakan In America: A Lexicon of Fashion.
SIAPA YANG LAYAK MENGAMBIL ALIH ‘TAKHTA’ BRAD PITT DI HOLLYWOOD?
Ramai beranggapan tiada siapa mampu menggantikan pelakon berusia 58 tahun ini dalam dunia Hollywood.