CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG
Percintaan Channing Tatum dan Zoe Kravitz nampaknya bakal berakhir di jenjang pelamin.
Beberapa sumber mengesahkan Channing melamar teman wanitanya baru-baru ini selepas dua tahun menjalin hubungan romantis. Mereka mula dikaitkan bersama pada Ogos 2021.
Hujung minggu lalu pasangan itu dirakam menghadiri parti Halloween menggayakan tema filem seram Rosemary’s Baby (1968). Zoe muncul sebagai Rosemary Woodhouse manakala Channing pula sebagai anaknya.
Aktres Batman itu memberi petunjuk pertunangannya dengan menyarung sebentuk cincin berlian di jari manis.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(666x0:668x2):format(webp)/channing-tatum-zoe-kravitz-halloween-102923-7a811ddaa3bf46dcb07217b6cfd9c91e.jpg)
Foto: Backgrid
Pertemuan Pertama Channing Tatum dan Zoe Kravitz
Pasangan ini berkenalan ketika proses uji bakat filem pertama arahan Zoe, Pussy Island pada 2020.
“Saya amat bersyukur kerana filem ini membawanya ke dalam hidup saya,” katanya kepada majalah WSJ pada Ogos 2022.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(801x149:803x151)/Channing-Tatum-Zoe-Kravitz-1-f3d9b8a0d5454d538d8897ec0c798cfd.jpg)
Foto: Splashnews
Aktres berusia 34 tahun itu turut memuji pasangannya dalam temu bual bersama GQ tahun lalu, menyifatkannya sebagai ‘manusia luar biasa’.
“Dia selalu membuatkan saya ketawa. Kami berdua amat meminati seni dan sering bercakap mengenainya. Kami suka menonton filem bersama dan berkongsi pendapat dari sudut kreatif serta mencabar idea satu sama lain.”
Channing dan Zoe sama-sama pernah melalui pengalaman berumah tangga. Anak kepada penyanyi Lenny Kravitz itu bergelar isteri kepada aktor Karl Gusman dari 2019 hingga 2021.
Pelakon berusia 43 tahun itu pula pernah berkahwin dengan aktres dan penari Jenna Dewan dari 2009 hingga 2019. Hasil 10 tahun perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Everly.

Foto: Page Six
Foto: Page Six
Pautan berkaitan: SEGAK BERGAYA, NAMUN PENAMPILAN CHANNING TATUM DI MET GALA 2021 DIPERTIKAI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Hubungan lima tahun bintang Inggeris, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse nampaknya bakal memasuki fasa baharu.
7 FAKTA MENGENAI KEKASIH BAHARU SOPHIE TURNER, ARISTOKRAT PEREGRINE PEARSON
Sophie Turner nampaknya telah pun memulakan hidup baru selepas dirakam berkucup mesra dengan jejaka berdarah bangsawan di Paris.
EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU
Ayuh imbas kembali detik fesyen power couple Hollywood, Victoria dan David Beckham dari lewat 90-an sehingga kini.
10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN
Ini 10 gaya berpasangan terbaik George Clooney dan Amal Alamuddin di acara berprestij sejak lapan tahun lalu.
PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA
Tempoh perkahwinan yang panjang tidak menjamin kebahagiaan berkekalan. Ramai selebriti yang bercerai-berai walaupun sudah berdekad hidup bersama.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.