THE AVENGER: MISI PENERBANGAN JAM TANGAN BREITLING BAHARU
Breitling memperkenalkan koleksi jam tangan Avenger yang menampilkan desain baharu, kuasa supersonic dan fungsi pengembaraan penerbangan yang luar biasa.
Sejak 20 tahun yang lalu, jam tangan Avenger daripada Breitling sudah menjadi pendahulu dalam pengembaraan udara. Dihasilkan untuk juruterbang jet pejuang, ia merupakan seutas jam tangan yang mampu untuk bertahan dalam kokpit yang mencabar. Peminat tidak perlu menjadi tentera udara untuk menghargai kehebatan jam tangan Avenger yang menampilkan desain yang boled, ketahanan lasak dan fungsi yang tiada tandingan.
Bersedia Untuk Penerbangan Breitling Avenger Baharu
Jam tangan Avenger kini diperbaharui dan lebih unggul. Dalam memenuhi permintaan di langit angkasa, himpunan arloji ini direka semula dengan perincian penerbangan yang sleek, material yang tahan lasak, dan kuasa tambahan Breitling Manaufacture Caliber 01 pada model kronograj.
Hubungan antara Breitling dengan dunai penerbangan sudah wujud sejak 1930an lagi. Apabila pengasas generasi ketiga, Willy Breitling mengasaskan HUIT Aviation Department yang mendedikasikan dalam penghasilan peralatan kapal terbang dan kronograf untuk juruterbang.
Kepakaran dalam penerbangan ketenteraan yang menyaksikan kelahiran pengembaraan udara komersial, lantas menghidupkan himpunan arloji seperti Navitimer, AVI Co-Pilot, Aerospace, Emergency dan Avenger. Tiada jenama jam tangan yang mempunyai sejarah yang luar biasa dengan dunia penerbangan seperti Breitling.
Himpunan terbaharu ini datang dalam tiga format. Kronograj A 44 mm, GMT automatik 44 mm, serta automatik 42 mm. Setiap rekaan juga hadir dengan pilihan tali jam tangan kulit tentera dengan gancu atau gelang keluli tahan karat tiga barisan dengan kancing mikro boleh laras. Setiap satu mempunyai ketahanan air sedalam 300 meter. Peminat akan menghargai fungsi genggaman mudah dan reka bentuk yang kalis kakisan.
Berikut adalah tiga model daripada koleksi arloji Breitling Avenger yang baharu:
Avenger B01 Chronograph 44 dan Night Mission
Kuasa di sebalik jam tangan Avenger Kronograf adalah Breitling Manufacture Caliber 01 yang memberikan sehingga 70 jam kuasa. Ia hadir bersama waranti selamaa lima tahun, serta merupakan kronometer dengan pengiktirafan COSC. Dalam menonjolkan ketepatan pada pergerakan mekanik, jam tangan ini dilengkapi dengan kristal-nilam terbuka pada belakang muka jam.
Model utama menampilkan dial yang panca warna seperti biru, hijau, hitam dan juga cokat pasir, serta mempunyai bezel 60-minit dalam keluli tahan karat. Indeks baton diperkemas dengan dial, dalam mengetengahkan jarum jam dengan garisan merah. Paten pemutar pada crown dan bezel, serta butang segi empat baharu direka untuk memberikan operasi jam yang lebih mudah.
Buat yang mahukan jam tangan dekat reka bentuk yang lebih bold, Avenger Night Mission kronograf menampilkan dial dalam warna kuning atau hitam karbon, serta rekaan dan bezel yang dihasilkan daripada seramik tahan calar. Bahagian belakang, crown dan gancu dihasilkan daripada titanium, yang memberikan nisbah kekuatan kepada berat yang tertinggi pada material metal. Angka dial turut memberikan ketepatan yang lebih berkuasa, turtamanya pada dial hitam yang diperbuat daripada fiber karbon yang tahan lasak.
Kesemua material yang digunakan seperti fiber karbon, titanium dan keluli merupakan material yang digunakan pada desain kapal terbang. Koleksi ini ringan dan tahan lasak, sama seperti jet pejuang yang menguasai angkasa.
Avenger Automatic GMT 44
Menjadi kegemaran juruterbang dan frequent flyer, GMT dalam ton merah membiaskan bacaan waktu Zulu bersama putaran bezel untuk 24-jam. Saiz diameter serupa dengan format kronograf, tetapi menampilkan profil ynag lebih kompak. Rangka keluli Avenger Automatic GMT datang dengan pilihan dial warna hitam atau biru navy, bersama tali jam kulit tentera atau gelang kelali tahan karat. Ia dikuasakan dengan Breitling Caliber 32 yang mendapat pengiktirafan COSC dengan kuasa simpanan selama 42 jam dan waranti selama dua tahun.
Avenger Automatic 42
Jam tangan dengan rekaan seimbang ini mempunyai segala perincian yang boleh didaapti pada model 42 mm yang lebih nipis. Dihasilkan daripada keluli, Avenger Automatic memberikan pilihan dial warna hitam, biru navy, atau hitam camo. Sama ada dalam tali jam kulit tentera atau gelang keluli yang tahan karat. Ia dikuasakan oleh Breitling Caliber 17 automatic dengan tiga gerakan jarum yang menerima pengiktirafan COSC. Lantas memberikan 38 jam kuasa dengan waranti selama dua tahun.
Kempen jam tangan Avenger terbaharu daripada Breitling memperkenalkan pasukan aerobatik Patrouille dari Switzerland. Ia melantangkan kuasa jam tangan penerbangan dalam latar yang sebenar. A new design, ready for action-fueled adventure. Layari laman web rasmi Breitling di sini.
Baca lebih lanjut: EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER
Pelumba kereta professional, Jazeman Jaafar berkongsi perjalanan kariernya dengan berlumba di litar utama di seluruh dunia bersama keunggulan jam tangan Breitling Avenger terbaharu.
CABAR SEMPADAN GAYA DENGAN JAM TANGAN FRANCK MULLER VANGUARD BEACH BAHARU
Franck Muller memperkenalkan koleksi jam tangan Vanguard Beach terbaharu yang hadir dalam tiga pilihan warna yang bold, lebih berani dan penuh energi untuk lelaki masa kini.
EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC
Untuk edisi tahun ini, GLAM Lelaki bersama Montblanc mempersembahkan Alphamen 2023 dengan menampilkan koleksi beg dan aksesori kulit Montblanc Extreme 3.0 terbaharu.
JAM TANGAN KOLABORASI NORQAIN BERSAMA ‘THE LION KING’, DEAN SCHNEIDER
Jenama horologi Switzerland, NORQAIN menjalinkan kolaborasi bersama aktivis hidupan liar, Dean Schneider untuk menghasilkan jam tangan Wild ONE Hakuna Mipaka edisi terhad.
10 JAM TANGAN MEWAH & TERBAIK SETAKAT INI
Jam tangan mewah bukan sekadar instrumen penentu masa, ia adalah simbol status, ketukangan dan gaya peribadi yang ikonik.
SIHAT DAN BERGAYA BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY WATCH6 TERBAHARU
Bersempena acara #SamsungUnpacked 2023 di Seoul, Samsung turut melancarkan siri jam tangan pintar Galaxy Watch6 yang direka untuk pengguna mengamal gaya hidup yang lebih sihat dan bergaya.