5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA
Berpuasa di bulan Ramadan merupakan satu cabaran besar buat penghidap gastrik.
Menurut MSUMC, dinding perut berperanan untuk merembeskan asid hidroklorik dan sejenis enzim bagi proses percernaan protein dan membantu membunuh kuman. Gastrik terjadi apabila perut dalam keadaan kosong menyebabkan terhasilnya gas atau angin kerana tiada makanan untuk dicerna.
Bukan itu saja, tahap asid dalam perut juga tidak dapat dilaraskan. Ini menyebabkan ketidakstabilan asid yang kemudiannya boleh menghakis lapisan mukosa seterusnya menyebabkan kecederaan pada dinding perut.
Namun gastrik bukan hanya berpunca daripada perut kosong. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan helicobacter pylori, bakteria hidup yang merosakkan lapisan pelindung perut. Juga pengambilan alkohol, kerap mengambil makanan pedas dan stres yang tidak dikawal sebaiknya.
GL kongsikan cara untuk menghindar daripada diserang gastrik
1. Elakkan Kafein

Foto: Chevanon/Freepik
Sebolehnya elakkan mengambil kopi atau teh ketika berbuka puasa. Ini kerana kafein yang terkandung di dalamnya merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar gastrik di perut menjadi lebih aktif.
2. Jangan Ambil Makanan Berat
Sebaik tiba waktu berbuka, ramai yang terus mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Jika anda terbiasa dengan pengambilan nasi campur, pastikan kuantiti nasi putih sama dengan sayur kerana karbohidrat dalam nasi akan bertukar menjadi gula dan tenaga. Jadi, sayur akan berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.
3. Makan Secara Berperingkat
Perut juga mempunyai sensitiviti tersendiri. Anda yang mempunyai gastrik digalakkan untuk berbuka dengan makanan ringan seperti kurma, buah-buahan dan air suam. Ini kerana sakit perut yang diserang ketika berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi cara seseorang itu makan ketika berbuka. Mereka yang menghidapi gastrik perlulah makan sedikit demi sedikit secara berperingkat ketika berbuka supaya perut tidak mengalami kejutan.
4. Elak Makanan Berunsur Agresif Dan Tinggi Lemak

Foto: Freepik
Sebaiknya elak mengambil makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia sebenarnya akan mengganggu kelancaran sistem pencernaan.
5. Jangan Makan Banyak
Jika pesakit mengadu sakit perut selepas makan, ia mungkin berpunca dari masalah ulser perut kerana lapisan mikosa yang lemah. Sebaiknya makan sayur-sayuran serta buah-buahan, dan berhentilah makan ketika sebelum kenyang.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR
Pemilihan makanan yang betul ketika bersahur sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan.
TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN
Berpuasa merupakan peluang terbaik untuk menyahtoksik badan secara rohani dan jasmani. Ini caranya untuk kekalkan tenaga sepanjang hari.
JANGAN AMBIL MUDAH JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT LELAKI!
Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko lelaki untuk mendapat jangkitan kulat.
5 AMALAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEGEMUKAN DI KALANGAN LELAKI
Jangan ambil mudah kerana obesiti boleh menyumbang kepada pelbagai isu kesihatan termasuk diabetes dan kolesterol tinggi.
TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI
Ada beberapa makanan unggul yang boleh anda ambil untuk mencegah masalah prostat.
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penggayaan dan penjagaan rambut.