MILLER KHAN IDAM TIMANG CAHAYA MATA
Tiga tahun mendirikan rumah tangga, Miller Khan dan isteri Farina Rebecca masih belum diberikan rezeki zuriat.
Justeru pasangan sama cantik sama padan itu membuat keputusan mendapatkan bantuan perubatan untuk memperoleh anak sebagai penyeri rumah tangga.
Menurut aktor yang mencipta nama di Indonesia itu, mereka sedang berusaha dengan menjalani rawatan persenyawaan in vitro atau lebih dikenali sebagai IVF.
“Kami sudah tiga tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Jadi kami merancang untuk mencuba kaedah IVF.
“Doakan segalanya dipermudahkan. Ini percubaan pertama kami dan prosedur akan dilakukan di Jakarta, Indonesia,” katanya.

Foto: Instagram
Harapan Miller Khan & Isteri
Pemilik nama Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan itu berkata, keputusan untuk menjalani IVF dibuat selepas berbincang dengan isteri dan ahli keluarga. Faktor usia antara punca mereka mengambil keputusan itu.
“Kami bukan lagi pasangan muda. Sebelum membuat keputusan ini, kami berbincang secara mendalam dan mencapai kata sepakat. Kami juga berkongsi serta mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga masing-masing.
“Mudah-mudahan ada rezeki untuk cahaya mata pertama ini. Buat masa ini, proses masih di peringkat awal dan kami sedang mendapatkan khidmat nasihat,” jelasnya.
Miller, 38 dan Farina, 34, yang merupakan pereka fesyen disatukan sebagai suami isteri pada 10 November 2021. Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di sebuah resort mewah lima bintang, Conrad Bali.
Foto: Facebook
Pautan berkaitan: REZEKI WAJAH KACUKAN MILLER KHAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MILLER KHAN AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN GADIS DARI SEBERANG
Miller Khan dan isteri selamat diijab kabul dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah resort mewah lima bintang, Conrad Bali.
LEGASI ALPHA MEN DITERUSKAN DENGAN ‘THE NEW A-LIST’
Dengan bertemakan Black Tie Redefined (Your Interpretation Of The New Formal), malam penuh santai dan mesra ini dihadiri hampir 150 tetamu memeriahkan acara.
REZEKI WAJAH KACUKAN MILLER KHAN
Sepet filem terawal lakonannya di persada seni lakon layar tempatan. Bermula daripada itulah, Miller terus berkarya dalam dunia seni demi melaksanakan impiannya.
KENALI MILLER KHAN, BINTANG KACAK HIASI KEMPEN KOLEKSI RAYA NEELOFA
Kacak dan berbakat, lalu disunting Neelofa untuk kempen syawal terbarunya NH TrueLove. Namun siapakah gerangan empunya badan?