Skip to content

TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA

TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA

Kongsikan artikel ini

Demi membuktikan cinta, Raja Charles III menunaikan impian isterinya untuk melihat kawasan kediaman miliknya bebas daripada gangguan luar.

Menurut laporan, baginda membeli hartanah mewah bernilai RM17 juta yang terletak bersebelahan rumah percutian Permaisuri Camilla. Keputusan ini dibuat selepas mendapat tahu ia akan diubah menjadi lokasi acara perkahwinan.

Raja berusia 76 tahun itu menggunakan dana peribadinya untuk membeli estet Old Mill, yang berjiran dengan rumah Ray Mill House milik permaisuri di Wiltshire, England.

Raja Charles dilaporkan bimbang tentang risiko keselamatan kerana pembeli mungkin mempunyai rancangan untuk memaksimumkan penggunaan hartanah itu. Selain dewan perkahwinan, khabarnya ia juga akan dijadikan rumah sewa percutian jangka pendek.

Foto: Daily Mail

“Bayangkan setiap hujung minggu betapa ramainya tetamu majlis perkahwinan yang akan membanjiri kawasan itu, yang letaknya hanya di sebalik pagar rumah Camilla,” jelas satu lagi sumber.

Disebabkan itu, Raja Charles mengambil langkah pantas dengan menghalang penjualan pada saat-saat akhir seterusnya menjadi pemilik baru Old Mill. Ini sekali gus memastikan ketenangan isteri tercinta tidak terganggu.

“Langkah ini adalah penyelesaian pragmatik. Ia adalah satu pelaburan kewangan yang kukuh, juga cara untuk mengekalkan privasi dan kegembiraan permaisuri di rumah kesayangannya, tanpa menggunakan dana awam,” kata satu sumber Diraja.

Raja Charles III Bantu Lancarkan Rancangan Permaisuri Camilla

Permaisuri Britain dilaporkan amat bersyukur dan lega, terutama selepas melalui kehidupan penuh tekanan tahun lalu setelah suaminya didiagnos menghidap barah.

Menurut rakan-rakannya, permaisuri menggunakan rumah percutiannya sebagai tempat untuk mencari ketenangan dan menjadi diri sendiri.

“Camilla mempunyai beberapa ekor kuda di sana. Baginda sering membawa anjingnya berjalan dan suka meluangkan masa bersama keluarga,” tambah rakannya.

TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA

Foto: Daily Mail

TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA

Foto: Daily Mail

TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA

Foto: Daily Mail

Foto: Daily Mail

Pembelian estet Old Mill dilihat membantu mengukuhkan rancangan permaisuri untuk menetap Ray Mill House, bukannya di istana, jika Raja Charles mangkat sebelumnya.

Permaisuri Camilla yang berkahwin dengan Raja Charles pada 2005 membeli kotej desa itu pada 1996, setahun selepas bercerai dengan Andrew Parker Bowles.

Disifatkan sebagai binaan Itali abad ke-19 dengan tambahan Neo-Georgian abad ke-20, rumah agam itu mempunyai dua tingkat dan menjadi lokasi majlis perkahwinan anak perempuannya, Laura Lopes pada tahun 2006.

 

Foto: Shutterstock

Pautan berkaitan: ANTA PERMANA LAGU KEGEMARAN RAJA CHARLES III

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANTA PERMANA LAGU KEGEMARAN RAJA CHARLES III

ANTA PERMANA LAGU KEGEMARAN RAJA CHARLES III

Bacaan Lanjut
ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE

ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE

Bacaan Lanjut
ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN

ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA

DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH

PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH

Bacaan Lanjut
GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

Bacaan Lanjut