Skip to content

GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER

GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER

Kongsikan artikel ini

Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal cintanya kepada dunia.

Dalam wawancara bersama majalah Vogue untuk keluaran April 2025, Gigi mendedahkan dia menjalani perhubungan romantis dan bahagia dengan aktor serta pembikin filem, Bradley Cooper.

“Pada satu tahap, mengetahui apa yang anda mahu dan berhak dapat dalam sesuatu perhubungan sangat penting. Kemudian, mencari seseorang yang juga tahu apa dia mahu dan layak dapat.

“Dan pada akhirnya anda berdua berusaha secara individu untuk bersatu dan menjadi pasangan terbaik buat satu sama lain,” jelasnya.

Bradley Cooper, Gigi Hadid

Foto: ShotbyNYP/Backgrid

Hos bersama Next In Fashion itu turut meluahkan rasa kagum dan hormatnya terhadap Bradley. Malah dia mengakui amat bersyukur kerana kekasihnya itu memberinya inspirasi untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.

“Dia memberi saya begitu banyak dorongan dan kepercayaan. Bayangkan seseorang yang anda kagumi memberi galakan kepada anda, ia boleh mewujudkan keyakinan tinggi dalam diri,” tambahnya.

Pertemuan Pertama Gigi Hadid & Bradley Cooper

Gigi dan aktor berusia 50 tahun itu mengunci mulut tentang perhubungan mereka sejak dikaitkan bersama pada penghujung tahun 2023. Mereka bertemu di parti ulang tahun anak kepada rakan mereka.

Supermodel itu bercakap mengenai Bradley buat kali pertama pada Oktober 2024 ketika menjelaskan ketidakhadiran pelakon di itu di pertunjukan fesyen Victoria’s Secret.

“Dia menonton dari rumah malam ini kerana perlu menjaga anak. Namun dia banyak memberi sokongan kepada saya,” katanya kepada Entertainment Tonight.

Foto: Backgrid

Bradley memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Lea, 7, hasil perhubungannya dengan model Irina Shayk. Mereka bercinta dari tahun 2015 hingga 2019.

Gigi juga mempunyai seorang anak perempuan, Khai,4, bersama Zayn Malik. Pasangan itu mula bercinta pada 2015 namun berpisah pada 2021 selepas Zayn mengasari ibu Gigi, Yolanda.

Foto: Instagram

 

Foto: Diamond/Backgrid/Action Press

Pautan berkaitan: KASARI BAKAL IBU MENTUA, ZAYN MALIK DISABIT EMPAT KESALAHAN JENAYAH

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 AKTOR CEMERLANG YANG TIDAK PERNAH MERANGKUL TROFI OSCAR

10 AKTOR CEMERLANG YANG TIDAK PERNAH MERANGKUL TROFI OSCAR

Bacaan Lanjut
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK

Bacaan Lanjut
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?

Bacaan Lanjut
KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER

KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER

Bacaan Lanjut
5 PASANGAN HOLLYWOOD YANG MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN PERPISAHAN

5 PASANGAN HOLLYWOOD YANG MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN PERPISAHAN

Bacaan Lanjut
DUA TAHUN BERPISAH DENGAN HARRY STYLES, OLIVIA WILDE TAYANG KEKASIH BARU

DUA TAHUN BERPISAH DENGAN HARRY STYLES, OLIVIA WILDE TAYANG KEKASIH BARU

Bacaan Lanjut