FILEM TERCOROT LAKONAN LIMA AKTOR POPULAR
Sama ada di dalam mahupun luar negara, para pelakon meniti populariti menerusi filem hebat yang mereka bintangi.
Walaupun telah meraih kemasyhuran dan mempamerkan lakonan cemerlang, tidak bermakna filem mereka sentiasa berjaya dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.
Sempena musim anugerah yang masih hangat terasa, ayuh imbas kembali lakonan selebriti hebat yang dinilai tercorot oleh pengkritik Rotten Tomatoes.
Ini lima filem terburuk yang dibintangi pelakon lelaki terbaik Hollywood
1. Bradley Cooper — Brother’s Justice (2010)
Skor Rotten Tomatoes: 0%
Sebuah mokumentari tentang Dax Shepard yang cuba mengubah haluan kerjaya daripada pelakon komedi kepada bintang seni mempertahankan diri. Bradley Cooper menggalas watak dirinya sendiri.
Ulasan: “Filem ini dipenuhi lawak bodoh yang tidak sepatutnya disiarkan.” – Eric Hynes, Time Out
2. Robert Downey Jr. — Johnny Be Good (1988)
Skor Rotten Tomatoes: 0%
Komedi 80-an lakonan Robert Downey Jr dan Anthony Michael Hall ini berkisar tentang dua kawan baik yang berdepan gangguan daripada senior di sekolah tinggi. Anthony memegang peranan sebagai salah seorang pemain bola sepak kolej terbaik. Robert pula memainkan watak kawan baiknya, Leo.
Ulasan: “Filem ini terlampau teruk. Jurulatih yang melanggar peraturan boleh dipertimbangkan untuk menonton filem ini sebagai hukuman.” – Michael Wilmington, Los Angeles Times
3. Mark Ruffalo — All the King’s Men (2006)
Skor Rotten Tomatoes: 12%
Drama politik yang mengisahkan tentang kebangkitan dan kejatuhan Willie Stark (Sean Penn), bakal peguam yang akhirnya menjadi gabenor ‘makan suap’. Mark Ruffalo menggalas peranan kecil sebagai Adam, seorang doktor yang hospitalnya digunakan dalam penipuan diketuai Willie.
Ulasan: “Lakonan keterlaluan dan plot bercelaru menenggelamkan versi baru filem politik seram Robert Penn Warren yang rumit ini.” – Peter Bradshaw, The Guardian
4. Cillian Murphy — Aloft (2014)
Skor Rotten Tomatoes: 16%
Dalam filem ini, Cillian Murphy memainkan watak Ivan, seorang penternak helang yang berdepan trauma kerana ditinggalkan ibunya sewaktu kecil.
Ulasan: “Sebuah filem yang indah namun kelam secara keseluruhan.” – Lindsey Behr, Associated Press
5. Ryan Gosling — Stay (2005)
Skor Rotten Tomatoes: 26%
Ryan Gosling memainkan watak pelajar kolej bermasalah bernama Henry yang mendedahkan kepada pakar terapinya bahawa dia boleh melihat masa depan. Bagaimanapun realitinya tidak seperti yang diharapkan.
Ulasan: “Ryan Gosling, sama seperti peminatnya, berhak mendapat lebih baik daripada ini.” – Manohla Dargis, The New York Times
Foto: Getty Images/X
Pautan berkaitan: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA MAC 2025
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI
Ayuh imbas kembali filem lakonan calon Oscar 2024 yang dinilai sebagai terburuk oleh pengkritik Rotten Tomatoes.