Skip to content

8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Bro! your hair smells! Seperti badan, wangian rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!

Wangian rambut, seperti semburan aromatik lain, direka untuk memberikan bau yang menyenangkan kepada rambut. Namun, wangian rambut terbaik bukan sahaja menawarkan aroma yang menarik tetapi juga manfaat tambahan seperti perlindungan UV, hidrasi, serta meningkatkan kilauan dan tekstur.

Berbeza dengan minyak wangi badan atau cologne, kebanyakan wangian rambut diformulasikan dengan kepekatan yang lebih rendah, membolehkan penyebaran bau yang lebih halus ini kerana rambut mampu memegang bau dalam jangka masa yang lebih lama, seperti bau asap unggun atau cerut yang masih melekat walaupun selepas beberapa kali cucian. Memandangkan bau adalah sesuatu yang sangat peribadi, GLAM Lelaki telah menyenarai lapan wangian rambut terbaik untuk memenuhi pelbagai keperluan lelaki moden.

Wangian Rambut Terbaik untuk Lelaki

  • Terbaik Keseluruhan: Sachajuan Protective Bois Noir
  • Tahan Lama Terbaik: Diptyque Fleur de Peau
  • Mudah Dipakai Semula: Gisou Honey Infused Hair Perfume Wildflower Honey
  • Menonjol di Kalangan Orang Ramai: Matiere Premiere Parisian Musc
  • Terbaik untuk Musim Sejuk: Byredo Mojave Ghost
  • Terbaik untuk Musim Panas: Sol de Janeiro Cheirosa 62 Perfume Mist
  • Perlindungan UV Terbaik: IGK Disco Disco
  • Tekstur Tambahan: R+Co Rockaway Salt Spray

Tidak kira apa keutamaan anda, terdapat pilihan yang sesuai untuk meningkatkan gaya dan aura maskulin anda. Dengan wangian rambut yang betul, setiap helaian rambut bukan sahaja berbau harum tetapi juga dilindungi dan diperkaya dengan manfaat tambahan untuk penampilan yang lebih segar dan bergaya.

Sama seperti memilih minyak wangi EDP kegemaran anda, memilih wangian rambut juga memerlukan pemahaman tentang profil aroma yang paling sesuai dengan anda. Sama ada anda mahukan sesuatu yang ringan, segar dan bersih atau aroma yang lebih mendalam, gelap dan kuat, pertimbangkan sejauh mana anda ingin bau itu mengelilingi anda sepanjang hari. Jangan lupa, menyemburkan wangian pada pergelangan tangan adalah satu perkara—tetapi membawa bau itu dalam rambut anda sepanjang hari adalah perkara lain, jadi pastikan anda memilih sesuatu yang benar-benar anda suka.

Selain itu, kerana wangian ini disembur terus ke rambut, penting untuk mempertimbangkan jenis rambut anda. Jika anda mempunyai rambut kering, elakkan produk yang berasaskan alkohol kerana ia boleh menyebabkan rambut menjadi lebih kering. Sebaliknya, jika anda memiliki rambut berminyak, pilih yang tidak akan memburukkan lagi masalah tersebut.

Pautan Berkaitan: WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut