Skip to content

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

Kongsikan artikel ini

Masalah kebotakan lelaki yang juga dikenali sebagai alopesia androgenik adalah isu kesihatan yang memberi kesan kepada kebanyakan lelaki di luar sana.

Disebabkan itu ramai memilih untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan keadaan rambut sekali gus mengembalikan keyakinan diri. Salah satu yang popular adalah terapi penggantian testosteron atau TRT. Namun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lelaki yang menjalani TRT berisiko lebih tinggi untuk mengalami keguguran rambut.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di YouTube, pakar urologi Dr Rena Malik merungkai hubungan saintifik antara TRT dan masalah keguguran rambut lelaki. Menurutnya terdapat pelbagai isu dan faktor yang menyumbang kepada masalah keguguran rambut termasuk tekanan, pemakanan tidak sihat, ubat-ubatan tertentu dan tabiat dandanan seperti mengikat rambut terlalu ketat.

Genetik turut memainkan peranan besar. Jika ibu bapa anda mengalami masalah keguguran rambut, ini petunjuk awal bahawa anda mungkin akan mengalami masalah rambut menipis atau kebotakan pada masa hadapan.

Bagaimanakah Testosteron Mempengaruhi Kebotakan Rambut?

Setiap hari, antara enam hingga lapan peratus testosteron yang dihasilkan oleh badan akan ditukar kepada dihidrotestosteron (DHT). Ia melaksanakan pelbagai fungsi penting di kalangan lelaki muda seperti pembentukan ciri seksual sekunder termasuk bulu badan dan bulu alat kelamin. “Semakin meningkat usia, ada kalanya DHT boleh menyumbang kepada isu lain seperti pembesaran prostat atau keguguran rambut,” kata Dr Rena.

DHT boleh menempel pada folikel rambut, melemahkannya dari semasa ke semasa. Namun ini tidak bermakna keguguran rambut pasti akan berlaku. “Ada kemungkinan di kalangan lelaki bergenetik abnormal yang cenderung mengalami keguguran rambut, apabila DHT mereka meningkat, mereka lebih cenderung mendapat kebotakan lelaki atau alopesia androgenik,” tambahnya.

kebotakan lelaki

Foto:Hair & Skin Science

Bagaimanapun dalam satu kajian lelaki transjantina yang menggunakan TRT, 5 hingga 17 peratus didapati mengalami keguguran rambut pada tahun pertama. Satu lagi kajian mendapati mereka yang mengalami alopesia, majoriti kes adalah ringan.

“Bolehkah terapi penggantian testosteron mempercepatkan keguguran rambut di kalangan lelaki? Sudah tentu. Tetapi berkemungkinan ini kerana mereka terdedah kepada masalah keguguran rambut secara genetik.

“Namun tidak dinafikan testosteron mempunyai banyak manfaat. Jadi jika masalah kebotakan satu kebimbangan besar buat anda, penting untuk anda tahu bahawa ya, ia boleh mempercepatkan keguguran rambut. Kemungkinan satu daripada lima orang akan mengalaminya apabila memulakan TRT,” jelasnya.

Jika anda mengalami keguguran rambut, dapatkan pandangan pakar dermatologi yang boleh membantu mengenal pasti punca dan menawarkan rawatan yang tepat.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: SOLUSI MASALAH RAMBUT BERMINYAK

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SOLUSI MASALAH RAMBUT BERMINYAK

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut

5 SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR LELAKI

Bacaan Lanjut

7 MAKANAN INI RAHSIA BUAT LELAKI RAMBUT LEBAT

Bacaan Lanjut

HELAH RAMBUT TERPACAK 24 JAM

Bacaan Lanjut
Masalah Rambut Gugur.

TERAPI RAMBUT GUGUR PALING BERKESAN

Bacaan Lanjut