Skip to content

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Kongsikan artikel ini

Nampaknya persahabatan David Beckham dan Mark Wahlberg yang terjalin sejak 15 tahun lalu telah menemui titik noktah.

Syarikat milik David, DB Ventured Ltd mendakwa bintang bola sepak itu ditipu untuk bekerjasama dengan pusat kecergasan Australia, F45 yang sebahagiannya milik Mark. Justeru David menyaman syarikat pelakon itu, Mark Wahlberg Investment Group termasuk pengasas F45, Adam Gilchrist dan Rob Deutsch.

Kedua-dua bintang terkenal itu menjalin persahabatan sejak David membawa keluarganya berpindah ke Los Angeles pada 2007. Mereka sekeluarga tinggal di kawasan kejiranan sama dengan Mark di Beverly Hills.

David Beckham Mark Wahlberg

Pada 2020, suami kepada Victoria Beckham itu bersetuju menjadi duta global F45 selepas diperkenalkan oleh Mark. Aktor berusia 52 tahun itu memiliki saham minoriti selepas meraihnya menerusi pelaburan syarikatnya pada 2019.

David Beckham Jalankan Tanggungjawab Sebagai Duta

Bekas pemain Real Madrid itu muncul dalam kempen publisiti F45 dan berkongsi beberapa rejim senamannya di gim bersama jutaan pengikut Instagramnya. Dia turut mempromosi pusat kecergasan itu dalam satu temu bual pada 2021.

“Sejak bersara daripada bola sepak, inilah saatnya di mana saya berasa paling cergas dan sihat. Semua itu saya perolehi melalui F45. Kerjasama ini adalah usaha niaga yang mengujakan untuk saya juga, dan saya tidak sabar untuk berkembang bersama F45 di peringkat global,” katanya mengenai peranannya sebagai duta.

Peguam David mendakwa anak guamnya kerugian lebih RM50 juta dalam bentuk keuntungan apabila saham yang dijanjikan kepadanya ditahan sehingga selepas harganya menjunam. Sebagai tindak balas, Mark mendakwa segala tuduhan itu tidak berasas dan meminta hakim untuk menolak tuntutan saman yang difailkan.

 

Foto: The Today Show

Pautan berkaitan: PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

Bacaan Lanjut
EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU

EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU

Bacaan Lanjut
5 PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DALAM DOKUMENTARI TERBARU NETFLIX, BECKHAM

5 PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DALAM DOKUMENTARI TERBARU NETFLIX, BECKHAM

Bacaan Lanjut
David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut