Skip to content

AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

Kongsikan artikel ini

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu? Itulah peribahasa tepat untuk menggambarkan kegembiraan Amir Masdi apabila dipilih sebagai penyanyi utama untuk konsert Search yang akan datang.

Kata penyanyi berusia 28 tahun itu, dia tidak pernah membayangkan akan menjadi penyanyi kumpulan rock legenda itu di konsert mereka. Siapa sangka ia kini menjadi kenyataan.

Menurut Amir, dia dipelawa untuk menerajui Konsert Search Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini oleh ahli kumpulan Search sendiri, Noordin Mohd Taib dan Kid.

“Saya sangat terkejut. Tak sangka dan tak pernah bayangkan akan ada dalam satu poster dan berkongsi pentas dengan band legenda. Saya fikir hanya artis jemputan, tapi jadi penyanyi rupanya. Ini projek yang istimewa untuk karier saya kerana Search adalah band legenda,” katanya kepada Harian Metro.

amir masdi search gemuruh

Foto: Facebook

Tambahnya, sesi latihan sudah pun dimulakan dan pemilihan lagu diserahkan kepada kumpulan yang didakwa sebagai ‘kugiran Search asal’ itu.

Amir Masdi Dianggap Pilihan Tepat

Umum mengetahui pelantun lagu Berhenti Mencinta ini merupakan penyanyi berbakat besar. Menurut Noordin yang juga pemain gitar Search, Amir dipilih kerana mempunyai pakej lengkap seperti mampu menyanyikan lagu rock dan memiliki ramai peminat.

“Dia antara penyanyi generasi baharu yang bagus. Dia sendiri seorang ‘rocker’ dari segi imej, gaya dan minatnya. Saya yakin dengannya. Lagipun Amir seorang yang agresif di pentas. Ini yang kami mahukan. Saya mohon, sokonglah bakat-bakat tempatan,” katanya.

Selain Amir, Konsert Search Gemuruh akan turut menampilkan Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle dan Jovita Pearl dari program X Factor Indonesia.

 

Foto: YouTube

Pautan berkaitan: BUAH TANGAN AMIR MASDI SEMPENA AIDILFITRI