Skip to content

SOLUSI MASALAH RAMBUT BERMINYAK

Kongsikan artikel ini

Daripada rutin penjagaan kulit kepada mengekalkan rambut anda untuk kekal bersih dan rapi, sememangnya setiap lelaki di luar sana berpendapat bahawa grooming game adalah penting. Tetapi ada satu soalan yang menyebabkan sesetengah lelaki mengalami masalah rambut berminyak, apakah solusi terbaik untuk mengatasi masalah ini?

Cara mengawal rambut berminyak ialah rambut yang sihat mempunyai kilauan semula jadi. Tetapi ia juga boleh menjadi situasi apabila rambut anda menjadi terlalu berkilat dan berminyak. Ini biasanya disebabkan oleh pengeluaran sebum yang berlebihan di kulit kepala, yang kemudiannya mengalir melalui setiap helaian rambut.

INI 5 SOLUSI MASALAH RAMBUT BERMINYAK

Ia kerap berlaku kepada setiap lelaki dan mereka perlu mencari penyelesaian yang paling sesuai. Jadi GLAM Lelaki menyenaraikan beberapa solusi cara mengawal rambut berminyak.

1. GUNAKAN SYAMPU YANG BETUL

rambut berminyak

Pastinya anda sudah tahu bagaimana untuk mencuci kulit kepala, mari kita bercakap tentang syampu. Dengan begitu banyak pilihan berbeza di luar sana yang ditujukan kepada setiap jenis rambut dan setiap isu follicular, memilih syampu yang betul sangat mengelirukan.

Pada asasnya, anda harus mengelakkan apa-apa isi kandungan syampu dengan perkataan seperti “melembapkan,” dan  “melicinkan” atau ditujukan khusus untuk rambut kering atau rosak. Ini akan menambah film yang tidak menyenangkan pada rambut, yang bermaksud grease dan weight.

2. GUNAKAN MATTE ATAU WATER-BASED STYLERS

rambut berminyak

Antara satu kebaikan menggunakan produk rambut water-based adalah ia dapat membilas rambut anda dengan bersih walaupun tanpa syampu. Ia menjadikannya lebih mudah untuk mengurangkan penggunaan syampu, scalp buildup dan mengekalkan rambut yang kelihatan bersih.

Selain itu, anda juga harus mengelak daripada menggunakan produk yang menjanjikan rambut shiny. Untuk jenis rambut berminyak, gunakan produk berasaskan matte atau semula jadi.

3. GUNAKAN DRY SYAMPOO

rambut berminyak

Terdapat dua jenis syampu “wet” biasa yang anda gunakan semasa mandi yang dibasuh dengan air. Terdapat pilihan aplikasi kering, atau dikenali sebagai dry shampoo yang biasanya merupakan produk berasaskan serbuk. Produk ini menyerap lebihan minyak di akar rambut anda dan di sekitar kulit kepala, yang kemudiannya memberikan extra volume dan lift pada rambut.

4. KURANGKAN MENYENTUH RAMBUT

rambut berminyak

Perkara biasa untuk sering menyentuh rambut, tetapi ia juga merupakan salah satu punca paling biasa untuk rambut berminyak. Anda tidak sedar bahawa sisa minyak atau kotoran di tangan anda yang kemudiannya boleh dipindahkan ke rambut anda.

Menyentuh rambut anda secara berterusan juga boleh menyebabkan lebih banyak pengeluaran minyak. Oleh itu,  elakkan menyentuh rambut atau pastikan anda mencuci tangan dengan betul sebelum menyentuh.

5. PANTAU PEMAKANAN ANDA

Rambut mencerminkan kesihatan keseluruhan anda, jadi amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang bersenam boleh menyumbang kepada masalah rambut berminyak. Sebaiknya makan makanan yang segar dan sihat serta elakkan karbohidrat dan lemak tepu, yang boleh meningkatkan pengeluaran minyak kulit anda.

Adalah disyorkan untuk memasukkan makanan dengan zink, vitamin B dan E serta monounsaturated fats dalam diet anda.

 

Baca lebih lanjut: ANTARA POMADE, GEL DAN WAX YANG MANA PILIHAN ANDA?

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut

5 SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR LELAKI

Bacaan Lanjut

7 MAKANAN INI RAHSIA BUAT LELAKI RAMBUT LEBAT

Bacaan Lanjut

HELAH RAMBUT TERPACAK 24 JAM

Bacaan Lanjut

ANTARA POMADE, GEL DAN WAX YANG MANA PILIHAN ANDA?

Bacaan Lanjut