Skip to content

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Kongsikan artikel ini

Sesiapa yang pernah mengalami masalah kelemumur degil sering tertanya-tanya cara untuk mengatasinya. Ia bergantung kepada genetik, kebersihan diri dan penjagaan makanan. Kulit kepala yang menggelupas dan gatal boleh menjejaskan tahap konfiden diri.  

Kelemumur dan seborrheic dermatitis boleh datang daripada tekanan, perubahan bermusim, turun naik hormon atau pertumbuhan yis berlebihan pada kulit kepala yang diburukkan lagi oleh paras gula yang tinggi dalam diet harian anda.

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Di sini, GLAM Lelaki menerangkan lima langkah yang efektif untuk merawat kelemumur yang anda tidak akan risau lagi.

1. MEMBASUH RAMBUT

kelemumur

Memang benar syampu tidak boleh digunakan setiap hari. Salah satu perkara paling penting yang boleh anda lakukan ialah menggunakan syampu bergantung kepada jenis rambut. Ini dapat menghilangkan lebihan minyak yang membantu mengekalkan tahap yis dan menjadikannya lebih sukar untuk membiak secara berlebihan. Mengurut kepala semasa membasuh rambut juga membantu menanggalkan sel kulit mati dari permukaan kulit kepala anda.

 

2. EXFOLIATE KULIT KEPALA

kelemumur

Anda harus menjaga kulit kepala sama seperti anda menjaga kulit muka. Menggunakan exfoliator untuk kulit kepala dapat mengelakkan sel-sel kulit mati berkeliaran dan menyumbat di dalam liang-liang kulit menjadi kelemumur. Jika sebaliknya boleh membawa kepada masalah kulit kepala yang lebih bermasalah seperti seborrheic dermatitis, yang merupakan keadaan yang menunjukkan tompok merah, gatal-gatal dan mengelupas.

 

3. KURANGKAN MAKANAN BERGULA ATAU PEDAS

Kelemumur sering dikaitkan dengan lebihan yis Candida, makanan bergula dan pedas yang menggalakkan pertumbuhan berlebihan yis ini. Jadi, pakar mencadangkan anda untuk mengurangkannya kerana gula menghabiskan vitamin B dalam badan yang penting dalam anti kelemumur.

 

4. HADKAN GESERAN PADA KULIT KEPALA

Terlalu banyak geseran di kulit kepala anda hanya boleh memburukkan lagi kegatalan. Hadkan pemakaian topi  dengan bahan sintetik yang keras. Sebaliknya pilih lapisan yang lebih lembut untuk rambut dan kulit kepala anda.

 

5. MENGGUNAKAN SEKURANG-KURANGNYA SATU PRODUK KULIT KEPALA UNTUK KELEMUMUR

Bergantung pada setiap masalah kelemumur, anda harus mempunyai sekurang-kurangnya satu produk dalam rejimen anda yang membantu mengimbangi kulit kepala anda. Jadi, jika anda perlu menyuburkan dan melembapkan kulit kepala yang kering dengan memakai scalp mask atau serum penghidratan harian akan membantu mengelakkannya daripada menjadi kering.

Jadi, kunci utama untuk rambut tumbuh dengan sihat ialah perlu menjaga kulit kepala anda.

 

Baca lebih lanjut: 5 TIP DAPATKAN RAMBUT BERGAYA SETIAP HARI

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

Bacaan Lanjut

SOLUSI MASALAH RAMBUT BERMINYAK

Bacaan Lanjut

5 SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR LELAKI

Bacaan Lanjut

5 TIP KEBERSIHAN LELAKI SEBELUM FIRST DATE

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut