Skip to content

PEKERJAAN PERTAMA 10 SELEBRITI SEBELUM MENJADI TERKENAL

PEKERJAAN PERTAMA 10 SELEBRITI SEBELUM MENJADI TERKENAL

Kongsikan artikel ini

Walaupun segelintir selebriti dilahirkan dengan ‘sudu emas’, kebanyakan bintang Hollywood datang dari latar belakang kurang glamor.

Sebelum mencipta nama sebagai selebriti tersohor, mereka ini pernah memiliki kerjaya ‘9-to-5’ dan pekerjaan yang tidak dijangka. Mereka tidak dikenali dan menjalani kehidupan biasa, tidak jauh bezanya dengan kita.

Semak pekerjaan selebriti pilihan GL sebelum mereka mengecapi kemasyhuran

 

1. Hugh Jackman

pekerjaan selebriti

Foto: Getty Images

Aktor Wolverine ini pernah bekerja sebagai badut parti dan guru pendidikan jasmani di sekolah menengah. Pada 2015, dia berkongsi fotonya memakai kostum badut buat tatapan pengikutnya di Instagram. “Bukti bahawa saya pernah menjadi badut,” tulisnya.

 

2. Margot Robbie

pekerjaan selebriti

Foto: FilmMagic

Dalam satu episod Hot Ones, bintang Barbie ini mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pembuat sandwic di kedai Subway dan merupakan salah seorang pekerja terbaik. “Saya jarang ke Subway sekarang kerana kecewa dengan cara pekerja menyediakan sandwic,” katanya.

 

3. Terry Crews

pekerjaan selebriti

Foto: Getty Images

Hos dan pelakon ini sememangnya seorang artis serba boleh. Sebelum bergelar pemain bola sepak profesional dan selebriti, Terry bekerja sebagai pelukis lakaran di mahkamah. Walaupun sudah beralih ke bidang hiburan, dia masih gemar melukis dan berkongsi bakat seninya di media sosial.

 

4. Nicole Kidman

pekerjaan selebriti

Foto: Getty Images

Aktres asal Australia ini pernah bekerja sebagai tukang urut. Nicole mengambil kursus mengurut demi meredakan kesakitan ibunya yang menghidap kanser payudara. “Apabila menjalani radiasi, mudah untuk mendapat kekejangan otot yang teruk. Selepas tamat kursus, saya dapati saya menyukainya. Jadi saya pergi dari rumah ke rumah untuk mengurut pelanggan,” ujarnya.

 

5. Steve Buscemi

pekerjaan selebriti

Foto: Getty Images

Sebelum menceburi dunia lakonan pada 1986, Steve merupakan seorang ahli bomba. Malah dia kembali menyarung pakaian seragamnya lebih sedekad kemudian untuk membantu menyelamatkan mangsa serangan 9/11 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.

 

6. Megan Fox

Foto: Getty Images

Kata Megan, satu-satunya pekerjaan sebenar yang dilakukannya sebelum bergelar pelakon adalah menjadi maskot pisang untuk mempromosi kedai smoothie. “Seminggu sekali seorang pekerja perlu menyarung kostum buah dan berdiri di tepi lebuh raya. Saya adalah pisang, pisang gergasi.”

 

7. Sylvester Stallone

Foto: WireImage

Pelakon dan pembikin filem ini pernah melakukan pelbagai kerja sebelum mencipta nama sebagai selebriti di Hollywood. Pekerjaan pertamanya adalah membersihkan kandang singa di Central Park Zoo, New York.

 

8. Cardi B

Foto: Getty Images

Sebelum bekerja di kelab malam, penyanyi ini bekerja sepenuh masa sebagai juruwang di pasar raya. Dia dipecat selepas memberi diskaun  pembelian kepada rakan sekerjanya.

 

9. Brad Pitt

Foto: Getty Images

Sama seperti Megan Fox, aktor ini juga pernah melakukan pekerjaan yang memerlukannya menjadi maskot. Pekerjaan pertamanya adalah di restoran ayam goreng El Pollo Loco di mana dia perlu menyarung kostum ayam dan melambai kepada bakal pelanggan.

 

10. Meghan Markle

Foto: Getty Images

Sebelum berlakon dalam Suits dan menjadi kerabat Diraja Britain, Meghan merupakan seorang ahli kaligrafi profesional. Duchess of Sussex bekerja di syarikat Paper Source dari 2004 higga 2005 dan melakukan kerja sampingan. Malah tulisan tangan pada kad undangan perkahwinan Robin Thicke dan Paula Patton pada 2005 merupakan hasil kaligrafinya.

 

Pautan berkaitan: 10 SELEBRITI TERSOHOR YANG MERANGKUL REKOD DUNIA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOTO SELEBRITI MENANTIKAN KETIBAAN TAHUN BARU 2024

FOTO SELEBRITI MERAIKAN KETIBAAN TAHUN BARU 2024

Bacaan Lanjut
ADIK-BERADIK SELEBRITI YANG MENDOMINASI PENTAS HOLLYWOOD

ADIK-BERADIK SELEBRITI YANG MENDOMINASI PENTAS HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
BARISAN ARTIS HOLLYWOOD YANG MENINGGAL DUNIA SEPANJANG 2022

BARISAN ARTIS HOLLYWOOD YANG MENINGGAL DUNIA SEPANJANG 2022

Bacaan Lanjut
10 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERGELAR PEMINAT TEGAR BTS

10 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERGELAR PEMINAT TEGAR BTS

Bacaan Lanjut
10 KEMATIAN SELEBRITI HOLLYWOOD YANG MENGEJUTKAN DUNIA

10 KEMATIAN SELEBRITI HOLLYWOOD YANG MENGEJUTKAN DUNIA

Bacaan Lanjut
WATAK ADI WIRA MARVEL IDAMAN KEANU REEVES DIDEDAHKAN

5 SELEBRITI KANADA PALING KAYA & BERJAYA DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut