GAYA MENSWEAR SELEBRITI HOLLYWOOD DI MILAN FASHION WEEK 2025
Siapakah selebriti Hollywood lelaki yang paling mencuri tumpuan di pentas Milan Fashion Musim Bunga/Panas 2025 di kota Milan kali ini?
Bulan September 2024 kali ini bermula dengan penuh gaya untuk dunia fesyen lelaki! Milan Fashion Week baru sahaja melabuhkan tirainya pada 23 September yang lalu, mempersembahkan pelbagai koleksi ikonik untuk musim bunga dan musim panas yang bakal datang. Acara penuh glamor ini berlangsung dari 18 hingga 23 September.
Koleksi terbaharu yang dilancarkan untuk Musim Bunga/Panas 2025 berjaya mencetuskan pelbagai reaksi positif, menandakan trend-trend baharu yang bakal mewarnai dunia fesyen lelaki. Rumah fesyen besar seperti Fendi, BOSS, Onitsuka Tiger, Prada, Moschino, Gucci dan Versace turut hadir di pentas. Pertunjukan fesyen ini tidak hanya menampilkan rekaan-rekaan yang memukau mata, tetapi juga mencipta perbualan hangat di kalangan pemerhati fesyen mengenai hala tuju industri ini pada masa akan datang.
Impak bintang-bintang Hollywood dalam dunia fesyen semakin melonjak pada tahun ini! Dengan penampilan memukau dari selebriti terkenal seperti Jacob Elordi, Channing Tantum, hingga Mark Ronson, kehadiran mereka di pentas fesyen bukan sekadar menjadi tetamu tetapi memberikan aura ‘star power’ yang sukar diabaikan. Malahan, mereka bukan sahaja menarik perhatian media, tetapi juga menambah elemen eksklusif dan glamor kepada Minggu Fesyen Milan kali ini.
GLAM Lelaki akan berkongsi lebih lanjut mengenai beberapa selebriti Hollywood yang telah menggegarkan Milan Fashion Week 2025 dengan gaya mereka yang tersendiri. Pastinya, gaya ikonik mereka akan menjadi inspirasi utama bagi pencinta fesyen di seluruh dunia.
BINTANG HOLLYWOOD MENGGEGARKAN MILAN FASHION WEEK SPRING/SUMMER 2025: GAYA PENUH KEJUTAN DAN AURA LUAR BIASA!
#1 JACOB ELORDI – BOTTEGA VENETTA

#2 MAHMOOD – FERRAGAMO

#3 CHANNING TANTUM – VERSACE

#4 GENE GALLAGHER – VERSACE

#5 TONY EFFE – GUCCI

#6 TONY EFFE – GUCCI

#7 LUCKY BLUE SMITH DAN PASANGANNYA NARA SMITH – GUCCI

#8 MARK RONSON – GUCCI

# 9 KHALID – JILL SANDER

#10 DAVID BECKHAM – BOSS

#11 JACK HARLOW – MARNI

#12 MICHELE MORRONE – BOSS

Pautan Berkaitan: SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA
Salah satu cara mudah untuk lelaki meningkatkan gaya fesyen mereka pada tahun 2026 ialah dengan aksesori yang menyerlah, tetapi effortless.
MILAN & PARIS FASHION WEEK MEN’S SS27: SIAPA SELEBRITI ASIA YANG HADIR?
Seperti biasa, Milan dan Paris Fashion Week SS27 kali ini dihadiri oleh selebriti Asia yang mewakili jenama masing-masing, dengan penuh gaya.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.











