DATO’ HANS ISAAC: HERO FILEM KE IKON LELAKI MODEN
Siapa yang tak kenal Dato’ Hans Isaac? Dari aksi macho di skrin besar hingga peranan penting dalam industri hiburan, aktor ini memang ada kelas tersendiri.
Terbaru Dato’ Hans kini dilantik sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Tahniah daripada GLAM Lelaki. Berikut faka menarik mengenai aktor berusia 54 tahun ini.
Lagenda Filem: Dari ‘Buli’ ke ‘Baik Punya Cilok’
Dato’ Hans mula mencipta nama dalam industri hiburan pada tahun 1995 dengan filem “Ringgit Kasorrga”. Tapi filem-filem seperti “Buli” (2004) dan “Baik Punya Cilok” (2005) yang betul-betul meletupkan namanya. Watak-watak yang dibawanya sentiasa penuh gaya, cool, dan berkarisma. Tahun 2008, dia melangkah lebih jauh dengan mengarah dan membintangi filem ikonik “Cuci”, membuktikan dia bukan sekadar pelakon biasa Hans adalah mastermind di sebalik cerita yang melekat di hati penonton!
Boss dalam Industri Hiburan
Bukan sekadar aktor, Dato’ Hans juga seorang pemimpin. Tahun 2019, dia dilantik sebagai Pengerusi FINAS, membuktikan dirinya sebagai ikon industri hiburan Malaysia. Walaupun hanya bertahan setahun dalam jawatan itu, kehadiran Hans dalam industri tetap gah.
Lelaki Moden Serba Boleh
Selain hebat dalam dunia hiburan, Dato’ Hans juga pernah bertunang dengan Miss Tourism International 2011, Aileen Gabriella Robinson. Tapi, seperti dalam filem, tak semua kisah cinta berakhir dengan happy ending mereka membatalkan perkahwinan pada 2017. Dan pada 2020, Dato’ Hans mengejutkan ramai dengan menyertai politik sebagai ahli PKR. Memang lelaki serba boleh!
Gelaran Dato’ dan Persaraan dari Skrin
Pada 2016, Dato’ Hans menerima gelaran Dato’ dari Sultan Pahang, menambah satu lagi pencapaian dalam senarai kejayaannya. Fast forward ke 2021, buat keputusan besar bersara dari dunia lakonan. Ramai yang terkejut, tapi legasinya dalam industri akan terus dikenang.
Kenapa Hans Isaac Ikon Lelaki Moden?
Dato’ Hans bukan sekadar aktor, dia adalah simbol lelaki moden yang berani mencuba pelbagai bidang. Dari seni ke politik, dari skrin ke kepimpinan, Hans membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya tentang satu perkara, tetapi tentang keberanian mencuba dan mencipta impak.
Bagi lelaki muda di luar sana, Dato’ Hans Isaac adalah inspirasi untuk terus mencabar diri, tak kira dalam bidang apa sekalipun. Nak jadi boss dalam hidup? Ambil inspirasi dari Hans—seorang lelaki yang tak pernah berhenti berkembang!
Pautan Berkaitan:
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JACOB ELORDI: ‘BAD BOY’ PENCURI HATI
Dikenali menerusi watak-watak ‘bad boy’atau filem terbarunya Saltburn, Jacob Elordi adalah lelaki moden yang bisa mencairkan hati wanita.
GROOMING 101: TIPS RAPI BULU HIDUNG
Lelaki bergaya bukan sekadar tahu menyarungkan pakaian berjenama. Adakala “penampilan tidak diundang" - bulu hidung bisa mencalar imej.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
BURN ON YOUR RAYA BELLY SELEPAS MUSIM PERAYAAN
Musim perayaan memang sering menggugat rutin kecergasan, walaupun bagi pelari tegar. GLAM LELAKI berkongsi tip memastikan anda kekal aktif.
ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI
Dalam lanskap industri hiburan Malaysia yang sentiasa berkembang, nama Isa Khan muncul sebagai simbol bakat dan dedikasi.